Nak berkaca mata ketika bermain badminton ? Cuba jenama ni !

by - Isnin, September 19, 2022

Aku belum tahap rabun terlampau pun lagi ! Alhamdulillah. Tanpa cermin mata pun , aku boleh bersukan. Tapi kalau pakai , syok skit sebab boleh nampak muka orang dengan clear terutama awek awek cun depan mata. Terasa bersemangat sedikit ketika bersenam. Hahaha.. Harap wife aku tak baca entri ni. 

Ok...Kenapa aku pakai cermin mata ketika bersenam terutamanya ketika bermain badminton ? Satu sebab utama ialah gangguan dari cahaya lampu. Silau ! Aku antara mereka yang bermasalah dengan silau. Bila pakai , terasa selamat lega sebab cermin mata aku guna tu , ada anti silau. Haaa, kiranya boleh menapis silau cahaya tu la. 

Tak takut patah ke cermin mata tu ? Er... bingkai yang aku guna ni, dari jenama Eye Eye. Dah masuk tahun ke 4 aku guna bingkai ni. Pernah guna jenama Oakley , RayBan dan banyak lagi yang terkenal tapi tak puashati ! Bila jatuh ke lantai.. risau rosak ! Atau jika terduduk, aduh.. lagi nayaaa ! 

Alhamdulillah.. Eye Eye memang sesuai la untuk aku yang selalu bersukan dan juga bentuk bingkainya pun sesuai dengan muka aku. Kira nampak kacak la di usia aku ni. Heee.. Tu asyik kena ngorat je. Eceh.. Poyoss ! 

Harga bingkai jauh murah jer. Termasuk cerminnya yang boleh tukar gelap. Cenggitu. Harga ? Kena tengok juga power korang berapa. Power aku tinggi gak. Maklumlah, dari umur 7 tahun dah pakai cemin mata. Huhuh... 




Eye Eye ni ada banyak rekabentuk gak. Untuk perempuan pun cun wooo ! Material, aku rasa semua sama. Kiranya memang tahan  lasak la untuk mereka yang sama lasak macam aku. Sesuai sangat untuk anak anak korang yang rajin patahkan cermin mata. Begitu juga jika untuk anak anak yang bakal melanjutkan pelajaran. Silap hari bulan boleh sampai tamat pengajian dengan satu spek tu je. Huhuh..

Nah.. tengok sendiri antara corak atau design yang ada.. 






Ok.. Kalau korang berada di sekitar Kuala Lumpur , korang boleh terus gi buat tempahan cermin mata ni kat Bukit Bintang. Senang sangat nak ke sana. Guna LRT mahupun Monorel. Kalau rajin memandu, lagi bagus. Terus je parking. Ada tingkat untuk parking kereta. Dan jika power korang tak tinggi, cepat la siap cermin mata tu.. Inshaallah..

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr. June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my/
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)

You May Also Like

0 comments