Fikir panjang sebelum berbelanja !
Laptop aku , dua dua problem ! Serentak. Adoi. Usia pun dah 3-4 tahun. Tangan yang guna pun bukan sorang dua. Kalau buat kerja biasa, InshaAllah, tahan lama. Tapi diorang sibuk nak main game ! Tak kasi, buat muka seposen. Sian pulak.
Repair ? Dah berapa kali repair. Hari tu masalah skrin. Dua dua ! Ni masalah tak leh charge dan keyboard rosak. Aduh.. berapa ratus lak nak kena bayar ! Nak tak nak , kena gak repair. Kalau tak , tak berupdate la blog aku ni. Nak update guna handphone , tak puas ! Nak gak guna laptop. Baru idea datang mencurah curah.
Hantar repair laptop , handphone wife lak kong ! Tiba tiba mati. Bila disoal siasat , katanya dia terjatuhkan handphone tu dalam air ! Skit je katanya. Tapi silap besar ialah dia gi charge phone tu. Abis rosak motherboard dia. Gi antar repair, kena RM250 ! Huhu..
Alang alang hantar repair handphone wife , aku baiki sekali handphone Qhaliff yang dah setahun tak guna dek kerana skrin pecah. Aku malas nak repair sebab nanti dia jadi hantu balik ! Memandangkan dia nak masuk kelas pembelajaran secara online bersama RELY E-LEARNING , aku baiki je la. Kena pandai pandai la kasi jadual untuk dia. Janji dia belajar dan manfaatkan telefon pintar tu ke arah yang betul .
Laptop dah repair. Kos dua dua laptop tu , dalam RM500 lebih. Manakala handphone , RM450. Dekat RM1K gak ni. Tapi kalau beli baru , kos kesemua tu , mau lebih RM10K gak. Aduh ! Banyak. Nasib boleh repair. Banyak jimat dan ni.
Ikut hati.. memang la nak yang baru. Tapi orang kata , ikut hati , mati ! Mati la nak cari duit membayar. Takkan nak beli tunai kan ? Mestilah hutang, Maka, guna jelah mana mana yang ada dulu. Buat masa ni, kita berjimat cermat. Boleh la nak berbelanja tapi untuk yang berkepentingan saja. Tak perlu nak kejar teknologi sangat la buat masa ni. Huhuh..
1 comments
saya dah join kan anak sy dengan ReLY... RM99 dpt 4 subjek.. murah sangat..cikggu pun bagus2.. bukan kaleng2
BalasPadam