Bila anak cemerlang !

by - Isnin, September 26, 2022

Awal awal pandemik, ramai kelam kabut. Segalanya berubah ! Yang paling terasa , anak anak kita. Sekolah tak leh gi ! Nak belajar camana ? Akhirnya kerajaan dapat solusi. Belajar secara online. Tapi bolehkah mereka ??? Ah, sudah. Camana ni ? Sian diorang.

Akhirnya, ada kawan kenalkan aku dengan satu pusat tuisyen online ni.. FlyHigh Education Centre. Aku masukkan dia. Ketika tu dia baru Tahun 2. Terus terang aku katakan , memang dia lemah semua mata pelajaran ! Aku tawakal je la dengan masa depan dia tapi tak bermakna aku berserah begitu saja. Kena buat sesuatu juga. 

Awal awal kelas tu aku macam... Boleh ke dia ikut cara cikgu cikgu ni ? Macam terlalu padu sangat je untuk dia. Cikgu cikgu ni lak , jenis cikgu elit. Cara mengajar pun nampak WOW ! Ngan aku aku sekali belajar. 

Dua tahun berlalu... Qhaliff menunjukkan peningkatan dalam pembelajarannya. Contohnya dalam mata pelajaran Matematik yang mana dulu , cukup lemah tapi hari ni.. dia masuk je kereta terus tunjuk hadiah yang dia dapat dari cikgu dia.. 


" Daddy, abang dapat nombor 2 dalam ujian Matematik kat dalam kelas. I'm so happy !! " , kata dia. Senyum aku. Tak sia sia masukkan dia dalam kelas tambahan tu. Sekarang ni, FlyHigh Education Centre dah makin canggih. Mereka keluarkan aplikasi pembelajaran secara online dengan lebih mudah, pantas dan berkesan. Tak perlu lagi dah nak tunggu link bagai ! 

Download aplikasi RELY dan install ! Selesai. Pastu pilih pakej yang diperlukan. Dan  siap ! Bila sampai masa.. masuk je belajar ! Di mana mana boleh jer ! Kena dengan masanya yang mana minggu ni aku sekeluarga terpaksa ke Pahang dan Terengganu. Wife terpaksa bertugas di luar. Kami terpaksa temankan dia. Huhuh... Nasib baik boleh belajar secara online. Kalau takda signal internet , tak pe... rakaman kelas ada ! Nota pun diberikan. Takda masalah. Kan ? 


Masuk www.relyedu.com , download aplikasi ! Tu je.. Pakej pun memang sesuai untuk golongan macam aku ni.. golongan kais pagi makan pagi ! 


You May Also Like

2 comments