Bila ibu kena balik kampung !

by - September 18, 2022

Berbelah hati wife nak balik kampung. Ibu mertua masuk wad dek kerana denggi. Nak balik sekeluarga, aku tak berani sebab kereta tak servis lagi. Aku tak nak risikokan keluarga aku. Akhirnya buat keputusan.. wife balik sorang jer naik kapal terbang. Lagi pun dia nak balik sebab nak temankan ibunya di wad. Kalau kami balik pun, akan menyukarkan dia juga. Lebih baik dia tumpukan perhatian pada ibunya saja dan aku , jaga anak anak di rumah. Ok la kan ?

Sabtu pagi... dia berangkat ke Kelantan. Maka tinggalah aku dengan anak anak jer. Dah biasa dah kena tinggal. Heee.. Apa plan cuti hujung minggu ? Biasa bersama ibu ke sana sini. Tapi kali ni kami jer. Huhuh.. 

Teringatkan Aariz teringin nak tengok orang main bola malam hari , aku mesej kawan aku selepas tengok posting Instagram dia yang mana dia ada game di Cyberjaya. Hee.. Dekat ! Boleh gi sana. Lagi pun lama dah tak jumpa geng bola masa zaman sekolah dulu. Huhu.. 

Alhamdulillah.. tertunai hasrat Aariz nak layan bola. 


Lagi ??? Hee... aku plan dah minggu ni nak bawa ke Litar Sepang memandangkan ada racing domestik kat situ. Masuk free ! Heee.. Kasi ok satu kali. Hahaha.. Kalau bayar , berpeluh gak la. RM65 seorang kot. Huhhu.. Duit tuuuu.. 

Dan tertunai hasrat Aariz sekali lagi nak tengok racing car. Ni dia dah bunyi nak tengok motor lak lepas nampak billboard GP Malaysia ! Argh.. jenuhhhh.. 



Selesai.. balik rumah. Tak lama pun kat situ. Bingit sangat. Dalam 15 minit jer. Nasib baik Litar Sepang ni tak jauh dari rumah. Dalam 20 minit jer. Huhu... Singgah mamak. Makan tengahari terus. Heee.. Malas nak masak walhal wife dah sediakan semua dalam peti ais. Tunggu nak panaskan jer. 

Malam.. belajar secara online di RelyEdu ! 2 minggu ni , percuma. Jangan persiakan woo. Kasi cuba dulu aplikasi pembelajaran dari FlyHigh Training Centre ni. Qhaliff pun dah banyak berubah sejak belajar online ni. Banyak peningkatan. Kat sekolah, dia dah faham sebab kat rumah dah belajar ! Alhamdulillah..

Oh ya.. korang yang ada anak masih bersekolah tu, cuba tengok di RelyEdu ni. Bagi diorang cuba guna dulu. Mudah sangat.  2 minggu percuma ! 


 

You May Also Like

0 comments