Coffee Garden Terengganu , makanan sedap , selesa dan berbaloi sangat !

by - Khamis, September 29, 2022

Ke Kuala Terengganu lagi. Bukan pergi melancong tapi atas urusan kerja. Bukan kerja aku tapi sang isteri punya kerja. Aku dan anak anak , ikut serta. Alang alang dah duduk di hotel , takkan nak tengok je kan ? Amik la cuti singkat. Nak pergi masa cuti sekolah , memang tak dapat la. Hotel penuh dan mahal. 

Di Kuala Terengganu , hotel Paya Bunga jadi pilihan. Kenapa ? Mudah nak parking , banyak kedai makan berhampiran dan mesra pelanggan. Nak makan , gi je ke Bangunan UTC di sebelah Paya Bunga tu. Ada beberapa pilihan restoran di situ dan aku nak cuba makan di Coffee Garden. Kawan kawan wife yang syorkan. Kata mereka sedap makan di situ. Chef yang masak katanya bukan calang calang. Jenis belajar punya chef la. Cenggitu. 







Ok.. masuk duduk dan pilih makanan untuk terus makan malam. Ada banyak pilihan makanan. Disebabkan lapar , maka aku pilih nasi. Wife pilih mee. Anak anak , biasa la.. yang ada ayam. Tak sampai 20 minit , semua makanan ada di atas meja. Alhamdulillah.. 

Wah.... ala ala Secret Recipe dah ni ! Yelah , aku ni memang sukat makan kat situ sebab sedap tapi sejak dua menjak , dah kurang minat sebab mahal dan kurang menarik dah rasa dia . Dan aku rasa jika Coffee Garden ni berada di Kuala Lumpur , perghhhh.. memang boleh meletup la ! Sedap wooi ! Dia punya tu macam ko makan sepinggan tu , macam antara puas dan tidak ! Cukup cukup untuk isi perut tapi memuaskan rasa. Cenggitu ! 

Kemudian staff bagitau diorang ada cawangan satu lgi di Gong Badak. Boleh la gi cuba makan tengahari kat situ. Tak jauh pun dari Kuala Terengganu. Dalam setengah jam je. Pastu boleh terus masuk lebuhraya untuk ke Kuantan. Dan wife setuju nak rasa di Coffee Garden Gong Badak. 

Di Coffee Garden Gong Badak lak , aku cuba makanan lain. Ada Daging HariMau Menangis. Tom Yam pun aku order. Terliur dari malam tu sebenarnya tapi tak berani nak makan sebab dah lewat malam. Maka , tengahari je la aku order. Kongsi kongsi dengan wife. 







Minuman , ada coffee tea bagai tapi aku tak nak. Bukan tak terliur tapi aku kan dah berhenti minum semua tu. Aku order air lain je. Ada macam macam pilihan. 

Menariknya Coffee Garden ni , konsep moden yang simple. Tak semak mata dan mesra pengguna. Order , tunggu dan gi amik makanan. Tu je ! Staff pun muda muda dan katanya mereka adalah bekas pelajar dari Uitm. 

Kesimpulan... dua dua restoran Coffee Garden aku dah rasa. Yang aku perasan , lepas makan.. aku tak kehausan ! Biasanya kalau aku makan makanan luar ni terutama gi gerai gerai , lepas makan memang akan berkali kali kering tekak ! Faham maksud aku ? Dan pastinya memuaskan hati la. Harganya , murah la dari Secret Recipe. Kira harganya dalam belasan ringgit gitu la untuk makanan. 

Ok la.. aku malas nak puji lebih. Kang korang ingat ni review berbayar . Semua sedap belaka ! Tapi memang sedap belaka la... Kenapa aku tak jalan jalan cari makan ? Aku memang malas nak jalan jalan cari makan ! 


Instagram Coffee Garden :  Coffee Garden Terengganu 
Facebook Coffee Garden :  Coffee Garden Terengganu 






You May Also Like

1 comments

  1. P ganu makan nasi ayam , ada cuba nasi dage dok? tapi itulah abak2 nasi ayam juga depa suka kan... blh try, next ganuuu!

    BalasPadam