ReLY , aplikasi e-pembelajaran untuk anak anak kita !

by - Isnin, September 12, 2022

Segalanya berubah sejak virus Covid 19 melanda dunia. Antara paling terkesan ialah anak anak kita. Sekolah ditutup untuk satu jangka masa yang lama. Menjadi sejarah yang bakal dikenang bila mereka dewasa kelak. Ngeri untuk diingati semula. 

"Bagaimana nak belajar ? " 

" Takut nak pergi sekolah ! Ramai mati kerana dijangkiti virus ! " 

" Takut nak berbual dengan kawan kawan.. " 

Tiada lagi tepuk tampar sesama mereka. Jauh sekali nak bergurau macam dulu dulu. Kena pakai pelitup muka sudah semestinya ! Dan aktiviti sukan semua terhenti buat seketika. Nak belajar di dalam kelas , mestilah risau.. terutama mak ayah ! Yelah, jika dijangkiti , golongan dewasa inilah paling terancam berbanding anak anak. 

Anak anak , gembira la ! Duduk rumah boleh tengok tv lama lama ! Boleh layan gajet ! Main game.. layan media sosial ! Huhhhh... Sangat mengerikan suasana ni buat mak ayah. Suruh belajar ? Mak ayah kena ajar. Mak ayah lak, sibuk mencari rezeki. Yelah, ada yang kena potong gaji.. ada yang kena buang kerja ! Ada yang kena kerja dari rumah. Camana nak ajar ??? 

Risau bila tengok anak anak terutama Qhaliff dan Zahra. Memang aku dan isteri ajar mereka di rumah tapi rasa macam tak cukup. Macam ada sesuatu yang kurang. Yer ! Mereka perlukan suasana pembelajaran serupa macam di sekolah. Kena ada 'cikgu garang' dan muka kawan kawan ! Baru seronok.. 

Maka aku masukkan Qhaliff ( ketika tu dia di tahun 3 ) ke kelas tuisyen online kendalian FlyHigh Training Centre. Awal awal dia masuk , dia macam lost ! Tercengang cengang nak belajar. Aku sendiri pun gitu. Dengan cikgunya yang cukup laju mengajar.. aku rasa cam " Boleh ke Qhaliff follow ni ?? ". Tak pe.. kasi dia masa ! 

2022.. dia di tahun 4 dah ! 2 tahun bersama FlyHigh Training Centre. Dia dah boleh uruskan masa belajar onlinenya sendiri. Tak perlu dah aku nak duduk sebelah berbanding awal awal dulu. Dia dah tahu nak buat apa... Malah dia sendiri sibuk nak turut serta bila cikgu menanyakan soalan ! Apa yang dia belajar , lebih ke hadapan dari di sekolahnya terutama Matematik. Alhamdulillah. Lega rasanya. 

Keputusan Pentafsiran Tahun 4 Qhaliff,  baru baru ini mengejutkan aku. Tak sangka dengan keputusan yang dia perolehi. Aku dan isteri macam.. " Yeke, cikgu ni ?? ". Cenggituuuu..  Banyak beza berbanding dulu.  

Tinggal Zahra je belum masuk sebab tiada kelas untuk Tahun 1. Dia pun dah bunyi nak masuk kelas FlyHigh. Seronok tengok abang dia belajar online. Suka dan mudah nak berkomunikasi dengan cikgu terutama bila tak faham. 


Alhamdulillah... baru baru ni aku ke pelancaran aplikasi pembelajaran dalam talian ( online ) , ReLY di Shah Alam. Di situ aku difahamkan bagaimana ReLY ni berfungsi dan bermanfaat buat para pelajar dan juga ibu bapa.  Semuanya berada di hujung jari jer. Cuma perlu bayar dan guna. Heee.. Nota pembelajaran , rakaman kelas.. semua ada ! Belajar secara live yer. Tak sempat masuk kelas, tak pe.. rakaman ada. Haaa.. baguskan ? Tak perlu nak  cari link bagai. 





Aplikasi ReLy, kendalian FlyHigh Training Centre secara rasminya dilancar pada 7 September 2022 dan bakal memulakan kelas percuma secara 2 minggu pada 16 September 2022 , seluruh Malaysia ! Dan pada 1 Oktober 2022, kelas berbayar akan bermula.  

Barisan tenaga pengajar, bukan calang calang ! Dengan pengalaman mengajar berbelas tahun lamanya , malah guru guru tersebut sudah pun bergelar Guru Cemerlang pastinya satu kelebihan buat murid murid yang bakal ikuti kelas ReLY itu nanti.

Kelebihan ReLY ? 
  • Pelajar boleh memilih sendiri subjek kegemaran dan guru yang disukai.
  • Mempunyai interaktif dan menarik 
  • Nota dan set soalan boleh dimuat turun bila bila masa
  • Kelas pembelajaran secara lintas langsung (live ) 
  • Rakaman disediakan secara percuma. 


Antara barisan tenaga pengajar dan ramai lagi ! Bukan calang calang orangnya. Dari apa yang aku tahu, nak kumpulkan tenaga pengajar yang berkualiti seperti ini bukanlah mudah. Tapi mereka berjaya lakukan. 





Untuk info lanjut , sila layari web  : www.relyedu.com 
Untuk download aplikasi Rely : https://www.relyportal.com/android/ReLY.apk

You May Also Like

0 comments