Air minuman berkualiti dari Jantzen !

by - Isnin, Ogos 29, 2022

" Bang , air paip kuning la...rosak baju dah ! " kata si isteri ketika sama sama menjemur pakaian. Aku pandang baju yang dipegangnya. Aku memang perasan sejak awal minggu ni lagi. Air mandian pun nampak kuning. Nasib baik air minuman tu guna penapis air. Tiap kali nak keluar rumah , kena isi dalam bekas air. Kadang kadang terlupa nak bawak. Aku memang perlukan air setiap kali nak keluar rumah. Anak anak pun gitu. Bila dah dalam kereta , masing masing baru terasa dahaga dan mencari air. Mula la menuding jari sapa yang bersalah sebab tak bawa air ! Huhuh.. 

Begitu juga ketika aku nak ke gym untuk bersenam. Kadang kadang tu malas nak isi air, beli je air mineral kat sana. Sesekali aku kena minum air mineral. Air minum kat rumah aku , bersifat RO ( Reverse Osmosis ) yang mana korang pun tau RO ni takda apa apa kandungan dalam tu.. yakni kosong. Sekadar cecair jer. Ada perbezaan antara air mineral semula jadi , air mineral biasa dan RO Water ni. Nanti aku kasi info kat bawah ni.

Kita sedia maklum , air sangat penting dalam kehidupan kita sehari hari terutama untuk tubuh badan kita. Kekurangan air dalam badan , amat tidak bagus. Organ dalam boleh rosak. Maka kita digalakkan minum air dengan kerap tambahan lagi sekarang ni , cuaca panas terik. Cara paling mudah , senantiasa bawa dari rumah. Macam di rumah aku ni , air minuman bertapis. Rasa kosong je dan takda mineral baik untuk badan. Kena beli kat kedai. Kalau beli kat luar, harga tak menentu. Maka aku kena dapatkan stok bekalan air mineral yang berkualiti. Ada perbezaan air minuman bertapis dengan air minuman mineral semula jadi ni yer..

Air mineral dan air minuman berbeza ? Hurm.. camana nak tau ? Terlalu banyak jenama air mineral dan air minuman yang dijual di luar sana. Kalau perasan , tudung setiap botol minuman pun ada warna ! Lokasi air diambil pun berbeza beza.  Apakah yang membezakan jenis minuman ini? Adakah prosesnya ataupun bahan mineral terkandung di dalamnya ? Jom tambah ilmu sedikit bab air ni.. 


Air Mineral Semula Jadi 

Punca :
  • Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, gerekan dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Penambahan mineral:
  • Tidak boleh diperkaya atau diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral. Penambahan karbon dioksida dibenarkan

Rawatan:
  • Tertakluk pada satu atau beberapa rawatan berikut dengan syarat kandungan air atau mineral tidak terubah suai/berubah
  • Penapisan
  • Pengklorinan diikuti pendeklorinan
  • Pengudaraan diikuti pendeudaraan
  • Pengkarbonan/pendekarbonan
  • Pensterilan ultra ungu
  • Pelakuan ozon
  • Pempasteuran
  • Perlu mematuhi standard ditetapkan
Pada label perlu ada: Perlu dilabel sebagai ‘Air Mineral Semula Jadi’ atau ‘Air Mineral Semula Jadi Berkarbonat’ sekiranya mengandungi karbon dioksida:
  • Amaun jumlah pepejal terlarut
  • Nama kandungan mineral yang ada
  • Nilai pH
  • Lokasi punca
  • Jenis punca
  • Nombor kelulusan KKM
  • Punca diluluskan oleh KKM’
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • Buatan Malaysia’ atau buatan negara asal pengeluar
Pembungkusan/Botol:
  • Penutup botol pelbagai warna
  • Botol digunakan mestilah berkeadaan telus dan lut sinar


AIR MINUMAN BERBUNGKUS

Punca:
  • Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air)
  • Perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada KKM
Penambahan mineral:
  •  Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida
Rawatan:
  • Semua jenis rawatan boleh digunakan asalkan standard air mematuhi standard ditetapkan. Jenis rawatan ke atas air minuman:
  • Penurasan - untuk menghilangkan bau, rasa, kandungan organik atau klorin
  • Penyulingan
  • Osmosis berbalik
  • Elektrodialisis
  • Penukaran ion
  • Disinfeksi menggunakan ozon atau sinaran ultra ungu
  • Menurunkan keliatan air pelembut air, penukaran ion, osmosis berbalik, penyulingan
Pada label perlu ada:

Perlu dilabel sebagai ‘Air Minuman’ atau ‘Air Minuman Berkarbonat’ jika mengandungi karbon dioksida.
  • Amaun mineral atau garam tambahan sekiranya ada
  • Jenis punca air
  • Nombor kelulusan KKM
  • Punca diluluskan oleh KKM’
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • ‘Buatan Malaysia’ atau buatan negara asal pengeluar
Pembungkusan/Botol:
  • Penutup botol berwarna putih
  • Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lut sinar.

Pengguna sering keliru dengan penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang, air R.O, air suling dan air ozon. Ini sebenarnya adalah penyataan jenis proses rawatan ke atas air dilakukan untuk air minuman berbungkus.

Secara amnya, proses rawatan bertujuan menghilangkan bau, rasa, kandungan organik dan klorin.

Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral, manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman. - sumber myhealth.gov.my


Perbezaan  Warna Penutup Botol Air Mineral 

1. Penutup Botol Warna Putih 
  • Ia merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan serta ditambah bahan kimia. keaslian air semulajadi itu dah tiada. Sebab itulah air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water. Harganya pun lebih murah.
2. Penutup Botol Warna Biru 
  • Sumber air bawah tanah dan dipam naik untuk menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan. Kemudian dilabelkan sebagai air mineral yang original. Harga pun tak mahal sangat. 
3. Penutup Botol Warna Hijau 
  • Air mineral semulajadi !  Air ni diambil khas dari dalam tanah di kawasan tertentu yang diperakui mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi. Kira gred A+ gitu ler. Harga pun mahal berbanding yang lain. 
Semua air ada zat galian kecuali air suling dan air RO serta air hujan kalau udara tidak tercemar. Air R.O kebiasaannya penutup botol berwarna putih. Air mineral penutup botol berwarna biru dan yang hijau tu air mineral beralkali.

Ok.. info pasal air dah aku kongsikan bersama. Moga bermanfaat. Sekarang aku nak cerita pasal Jantzen lak. Haaaa... Kat rumah aku dah ada mesin penapis air tapi tetap nak ada air mineral botol ni. Why ??? Tell me why ???

Bawa ke gym





Peneman ketika memandu.

Pertama sekali , mestilah aku memerlukan air mineral ! Kat rumah aku , macam aku kata tadi.. mesin penapis air aku , jenis RO. Takda mineral pun. Kosong. Kita pun sedia maklum , badan kita perlukan mineral SEMULA JADI ! Maka aku selang selikan minum air ni. Dua dua ada kelebihan. Jadi pilihan air mineral aku ni , mestilah JANTZEN. 

Kenapa JANTZEN ? Kan ada banyak lagi jenama kat luar ? Aku guna JANTZEN ni bila nak keluar rumah. Anak anak gi sekolah pun , aku kasi je air JANTZEN ni. Gilir gilir.. Air mineral dan air RO. Yer , Jantzen pun ada air minuman biasa dan juga air RO selain air mineral. Gituuuu ! 

Menariknya JANTZEN ni ialah... mereka bukan syarikat baru dalam dunia pembekal air ni. Dah lama. Jadi mereka punya banyak infomasi dan juga tahu apa kehendak pelanggan mereka. Contohnya , macam aku ni.. malas nak beli air di pasaraya dan usung letak dalam kereta. Jadi aku buat pembelian secara online. Harga pun murah berbanding beli kat pasaraya. Pastu tunggu je diorang hantar sampai depan rumah. Mesra alam lak tu staff mereka. 

Bayangkan jika nak buat majlis keraian atau majlis perkahwinan ! Haaa.. Kan dah mudah tu ! Air mereka pulak dah siap ada tulis bila nak expired  ! Jadi boleh minum tanpa rasa was was. Dan ada pelbagai saiz botol ! Nah.. ikut bajet kita juga kan ? Kalau rasa nak jimat , boleh pilih yang kecil. Pembaziran dapat dielakkan. 

HALAL mesti ada ! 

Botol yang menarik. Ringan. Kiranya tak segan la nak usung ketika travel atau ke mana mana saja. Heee.. Ringan dan boleh dikitar semula. Tak perlu risau pasal pencemaran plastik ! Tu point penting bila beli produk plastik. Haaa.. mesti boleh dikitar semula ! 

Ok... pembelian secara online mudah jer urusannya. Penghantaran camana lak ? Buat masa ni kecuali Sabah Sarawak , Kedah dan Perlis. InshaAllah , mereka akan perluaskan juga nanti. Oh ya.. belian secara online ni bagus sebab mereka rajin buat promosi. Ada diskaun gitu.. Korang juga boleh hubungi mereka terus untuk sebarang pertanyaan sebelum pembelian atau juga selepas pembelian. Mereka akan bantu selesaikan masalah yang bermain di fikiran korang tu. Heee..

Boleh dibuat di https://www.jantzen.com.my/ . 

 Lepas pembelian dibuat secara online, penghantaran terus ke lokasi berdasarkan alamat yang dinyatakan. 

Dah sampai depan rumah !! Mudah dan cepat.

Berikut adalah antara manfaat yang kita boleh perolehi jika mengamalkan minuman air mineral.
  • Boleh meningkatkan kesihatan tulang. 
  • Mencegah dan merawat sembelit. 
  • Melindungi daripada penyakit jantung. 
  • Membantu mengurangkan tekanan darah kerana kandungan magnesium dan kalsium yang tinggi.
  • Membantu untuk menghilangkan dahaga anda dengan efektif terutamanya apabila kita sedang bersenam dan ternyahhidrat)

Pelbagai saiz.

HALAL ! Dan mudah untuk dikitar semula.

Tarikh luput !

Bagi kegunaan pejabat , mereka juga ada water dispenser. Cantik dan menarik ! Haaa... Mesti tertawan punya ! Jimat dan tak perlu nak ada sewa bulanan. Huhuh... Korang boleh check di web mereka atau buat pertanyaan terus ke Jantzen melalui ..

Media Sosial :
Instagram : Jantzen Water


Tel : 
Hotline: 1300 88 1313
Phone: +603 8800 1533
Whatsapp: +6012 565 5133

Alamat : 
Jant Marketing Sdn Bhd (Reg. No. 0363689-T)
No.12, Jalan TPK2/4, Taman Perindustrian Kinrara, 47180.

Email : Hello@jantzen.com.my

You May Also Like

4 comments

  1. Samalah pilihan kita. Mudah sangat order dengan Jantzen ni, terus hantar ke rumah

    BalasPadam
  2. Bagus lah siap ada perbezaan warna penutup tu. sebab senang nak tahu yg mana. kdg2 tak baca kat label hihi

    BalasPadam