Kesihatan ni , mahal harganya !

by - Ogos 01, 2022



Bangun awal pagi memang menyeronokkan. Selesai tunaikan kewajiban, terasa rugi untuk tidur semula. Gi brisk walk dalam setengah jam atau kalau berkemampuan , jogging. Udara segar di pagi hari memang mendamaikan. Mereka yang ada masalah jiwa ni , memang digalakkan  rajikan diri 'berdamping' dengan alam ! Barulah boleh berfikiran dengan waras. 

Teringat lagi aku yang 'kehilangan' lutut satu ketika dulu. Adui... terasa rindu nak berjalan atau berlari. Berjalan kena pakai knee guard. Nak duduk menyangkung ? Jangan harap la.. memang tak leh bangun terus. Terasa kehilangan sungguh kenikmatan. 


Begitu juga ketika aku ada masalah dengan tekanan darah tinggi. Nak makan itu ini pun kena pikir panjang. Takut sakit kepala. Bila sakit kepala , mood dah tak betul. Salah sikit , jadi baran ! Kerja nak marah jer. Haihhh...

Kempen kesedaran jaga kesihatan ni , dah berulang kali dibuat kerajaan atau juga rakan rakan kita. Tapi sayangnya , mereka lebih suka MAKAN SEDAP dan MENGENYANGKAN PERUT berbanding pada penjagaan kesihatan. Bagi mereka , bila sakit.. gi klinik atau hospital. Ketika tu, up status rasa menyesal tak jaga kesihatan. Menariknya, bila dah sihat , mereka ulang semula perangai lama. Nak kata apa dah ??

Macam aku ni.. jual halia secara online. Ada yang kata mahal harganya ! Hurm.. ubat batuk , ubat demam , ubat kolestrol, ubat sakit perut, ubat gastrik, ubat sakit kepala, ubat selsema , ubat kurus , ubat sembelit, ubat anti radang.. semua dalam tu sekali gus ! Menariknya , tak memberi kemudaratan. Nak lagi menariknya, 100% halia muda dan berkualiti. Takda campuran tepung atau pun gula ! Kena amalkan je. Tapi sayangnya , ramai malas ! Tak sempat katanya. Tak teringat. Hurm... bila sakit , baru nak rajin ye ?


Kat dapur kita tu macam macam ubat boleh diamalkan. Ubat aku maksudkan ialah herba seperti kunyit , minyak zaitun , kulit kayu manis , cengkih dan banyak lagi. Tapi sayangnya semua tu hanya digunakan untuk memasak je. Tengok orang dulu dulu camana.. Diorang makan macam tu jer ! Sekarang ni, dah dibuat lebih kemas dan sedap tapi masih malas nak amalkan. Lebih suka pada ubat doktor !

Mahal ? Boleh guna sehingga dua bulan kot ? Kesihatan bukan murah tapi mudah dijaga. Kita mampu makan macam macam dengan harga yang WOW tapi bab kesihatan berkira ? Jangan dik.. jangan. Ramai dah tepuk dahi. Diorang kata ... KALAULAH AKU TAHU SAKITNYA BEGINI... 

Jagalah.. 







You May Also Like

1 comments

  1. Ramai orang macam ni..bila sakit mula la nak jaga..paling tak boleh tahan nak salahkan orang lain pula dia dapat penyakit..huhu

    BalasPadam