Tekanan hidup di zaman ni !

by - Isnin, Ogos 08, 2022



Kelmarin jumpa kawan lama.. kira kawan dari zaman sekolah dulu la. Alhamdulillah , masing masing sihat tanpa ada penyakit. Dia gi buat cermin mata kat Sungei Wang Plaza. Sini memang tempat top la kalau nak buat cermin mata. Murah dan cepat ( kalau kanta biasa cepat siap ) . InshaAllah. Dia pun dah banyak kali buat kat sini. Kali ni bawak anak dia yang bongsu lak buat cermin mata. Harga siap cermin dalam 100+ gitu la. 

Dalam borak borak gitu , dia ada cerita pasal sorang kenalan kitorang yang mana adiknya , meninggal dunia pada hari itu. Katanya ada berlaku pendarahan dalam otak. Allahuakhbar... Siannya. Kalau kes kes gini biasanya mesti tekanan darah tinggi. Koma beberapa hari lepas pastu pergi tak kembali. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 

Sebelum tu, ada juga kenalan aku cerita yang mana suami kawan kitorang , diserang strok ringan. Sedang melakukan aktiviti tiba tiba terjatuh. Bila buat pemeriksaan , dia dah hampir dikira nak ada strok gitu. Rasanya kes begini banyak dah di zaman ni. Ramai menuding jari ke vaksin tapi aku tak gitu. Aku menuding jari ke arah gaya hidup kita. Satu pemakanan dan kedua , tekanan hidup. Walaupun kerja bergaji tetap , tekanan atas bawah tu ada. Nampak senyum dan gembira tapi sapa tahu dalam hatinya... dengan perangai staff, dengan perangai boss ! 

Aduh... Bila stress , mula la makan makanan yang tak tentu arah. Terutamanya dalam pengambilan gula putih yang tinggi dan juga makanan segera. Memang abis laaa dalaman kita. Sebab tu penting kita jaga pemakanan dan juga aktiviti harian kita. Ada yang kata dia bersenam tapi tetap juga kena. Hurm... bersenam tak jaga makan, naya gak. Bersenam tapi tak jaga mental , kena gak. Tidur kena cukup. Rehat kena betul. Banyak faktor. 

Kawal. Tenang. Rehat. Nikmati kehidupan. Kita layan stress , kita sakit. Mental fizikal kita tenat. Akhirnya ada yang ambil jalan singkat. Ada yang lepaskan pada orang. Ada yang nayakan diri sendiri. Dua dua salah. Cari orang yang betul dan luahkan. Paling penting , pemakanan kena jaga. Perut tak betul , maka otak pun tak betul. 

Jangan biarkan. Ubati segera. Korang yang perlukan bantuan , cari saluran yang betul. Masalah hutang yang tak boleh selesai , ada NGO boleh bantu selesaikan. Bukan dengan beri pinjaman tapi memberi nasihat bagaimana nak kurangkan beban tu.. Haaa.. 

Yang tak sihat tu , tukar gaya pemakanan. Berhenti amik makanan proses , makanan tinggi gula , tinggi lemak dan banyakkan makan sayuran dan buahan yang segar. Macam aku, korang pun tahu yang aku amalkan herba herba di dapur tu. Alhamdulillah.. berkesan setakat ni pada aku. 

Cari jalan keluar yang tepat dan benar. Bukan singkat dan salah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. 

You May Also Like

1 comments

  1. Assalamualaikum bang...saya zaf dr sepang....maaf nak bertanya....fee utk per entry gym top fitness berapa ya? lain harga ke kalau weekdays and weekend? terima kasih bang.

    BalasPadam