Sebulan sekali , wajib ke Balqis Restaurant di Putrajaya !

by - Jumaat, Ogos 26, 2022

Hari gaji penjawat awam ! Heeee... wife tanya aku nak makan mana malam nanti ? Dalam kepala aku, hanya dua tempat saja ! Dan kedua dua tempat ni , ada ayam ! Yer, aku perlukan protein asli yang banyak sesekali. Hahahaha.. Dan masalahnya, bukan aku je.. Qhaliff pun penggemar ayam. 

Nasi arab atau Nandos ? Huhu.. Aku tau , wife tak leh makan ayam saja. Mesti nak ada makanan lain. Dan dia jemu Nandos tapi aku dan anak anak, pencinta Nandos ! Hahahaha.. Boleh minum ice lemon tea puas puas ! Dan potato chips dia sedap. Bagi aku, ayam dia best ! 

Tapi kali ni, aku memilih nasi arab ! Pilihan aku , Balqis Restaurant... seperti biasa ! Kenapa ? Sejak mereka pindah ke Shaftsbury Putrajaya , restoran mereka makin selesa dan luas. Bersih tu wajib la kan. 

Aku sekeluarga memilih untuk duduk di luar. Heeeee..Angin malam ! Syok. Anak anak nak buat hal sendiri pun , ok jer. 

Nak order makan , kena scan. Memang nampak cam payah skit tapi memudahkan. Macam malam tadi , orang ramai datang. Staff nak amik order , mesti berlari sana sini. Nak tunggu turn kita lambat ! Haaa.. Mudah , scan dan bayar je terus. Bukan kena berdiri pun nak scan. Duduk dengan tenang , pilih dan buat bayaran. Nak bayar di kaunter pun boleh. 

Harga ? Hurm... standarad restoran arab la. Tapi masih boleh mampu makan sebulan sekali. Dan makanan mereka pun berbaloi ! Pizza tu memang kegemaran anak anak. Sedap ! Dan setalam nasi tu, aku makan 3/4 ! Huhuh.. Sedappp ! Dan tak memboroikan perut ! Hahahaha.. 

Alhamdulillah.. kenyang dan balik puashati. Berbaloi seminggu 'puasa' ! Hahahaa.. 








Habis makan , kemas kemas la meja tu yer. Jangan biarkan bersepah sepah. Bukan susah pun nak kemas skit skit. Bukan susah pun. Jangan ingat dah bayar mahal , maka tu tugas mereka untuk bersihkan. Haish. Tunjuk skit teladan pada anak anak.. kan kan ?

Web Balqis Restaurant : https://balqis.net/



 

You May Also Like

0 comments