Anak tak sihat , tapi ke sekolah juga ?

by - Isnin, Ogos 15, 2022


Dah kembali jadi rutin buat mereka. Dalam seminggu , mesti ada yang selsema dan demam. Pergi sekolah , sihat. Balik.. hidung mula berhingus. Badan mula terasa panas. Bila periksa suhu,  37+. Belum cecah ke 38. Masih lasak. Selera makan ada. Tapi risau tu tetap ada. 

Persoalannya , nak hantar ke sekolah ke tak esok hari ? Kuarantinkan yang tak sihat dulu. Naik bilik atas. Tapi cuaca di Sepang sekarang ni , bila masuk tengahari.. Allahuakhbar, dia punya bahang kepanasan , lain macam. Kalau keluar rumah.. perghhh ! Panas dia memang lain macam. 

Aku tanya pada Qhaliff ada tak yang tak sihat gi sekolah gak ? Dia jawab ada je yang batuk , demam selsema datang gak. Aku geleng kepala. Sekarang ni, budak dah tak pakai face mask. Yang pakai tu ramai tapi masalahnya yang tak sihat ni aku nampak face mask tak pakai. Main batuk bersepah gitu jer. Dalam kelas ! Ko rasa???? Maka tak hairanlah anak anak yang sihat , bawa balik virus ke rumah ! 

Hari ni.. Aariz dan Qhaliff tak sekolah. Badan on off panas. Zahra , aku tunggu dan lihat. Membiarkan anak demam, bahaya di zaman ni. Jangan main main woo ! Ditambah dengan cuaca kering , diorang boleh kena sawan. 

Sekarang dah masuk musim sukan sekolah. Ni pun risau gak aku. Takkan nak berkumpul ramai ramai dengan keadaan begini ? Bila anak anak sakit , mak pak susah. Kos rawatan bukan macam dulu. Sekali gi je dah terbang RM50. 

You May Also Like

0 comments