Hadiah untuk si isteri andai aku pergi dulu..

by - Isnin, Ogos 22, 2022


Termenung sekejap membaca posting posting di media sosial. Kemudian memandang muka anak anak yang sedang bermain sesama mereka. Walaupun masing masing kurang sihat , Alhamdulillah.. ujian untuk aku dan isteri tidaklah seberat mereka yang lain di luar sana. 

Ramai meninggal dunia di usia muda. Dalam sihat sejahtera, tiba tiba 'tumbang'. Anak anak yang ditinggalkan , masih kecil lagi. Jika ditinggalkan dalam keadaan berharta , Alhamdulillah. Boleh la pasangan arwah uruskan kehidupan dengan baik. 

Tapi jika macam aku ni ? Aku takda apa apa harta pun ! Semua yang aku ada , atas nama isteri. Bekerja pun sendiri jer. Kais pagi makan pagi. Kais petang , esok baru dapat makan. Tu pun kena mintak tanya bila boleh dapat bayaran ! 

Aku ada ambil Takaful dan Hibah. Dah beberapa tahun gak la membayarnya. Tak banyak.. tapi ok la untuk wife selesaikan hutang hutang jika aku takda nanti. Tapi rasanya macam tak cukup je. Dengan anak 3 orang lagi. Kalau dia jumpa orang lain yang bagus andai aku takda nanti, Alhamdulillah. Jika dia nak terus 'solo' , rasanya banyak duit nak guna tambahan pula di zaman ni yang nilai duit kita pun dah macam. hurm.. Yelah, nak sambung belajar pun guna duit banyak. Kalau boleh tak nak la meminjam dari kerajaan untuk sambung belajar. Itulah perancangan kami , suami isteri. 

Semalam , aku ada jumpa kawan aku. Dia ada cerita pasal HIBAH. Dia ni duit banyak dah. Kerja bagus dah. Begitu juga isterinya. Tapi masih lagi amik HIBAH. Kenapa ??? Dia pun pikir macam aku pikir. Memanglah rezeki  tu Allah tentukan. Tapi kita kena juga pastikan mereka 'ok' bila kita takda nanti. Tak perlu nak mengemis sana sini minta bantuan di awal 'pemergian' aku tu nanti.


Aku tanya kawan aku tu.. berapa dia bayar sebulan. RM102 jer ! Aku hitung hitung pembelanjaan aku. Bayar sana sini.. Masih ada baki. Dengan pendapatan sampingan, inshAllah boleh la cover untuk bayar hibah ni kalau aku masuk. Ada juga la hadiah untuk isteri aku. Tanda terima kasih dari aku sebab jaga aku ketika aku menjadi suaminya. Pastu boleh la jaga waris waris aku tu dengan baik.InshaAllah.

Kemudian kawan aku tu kata , menariknya HIBAH yang bakal aku join ni, aku juga boleh buat side income ! Jika ada kenalan aku yang nak join sama , aku dapat la sedikit komisien. Haaa.. jangka panjang lak tu ! Yelah, selama ni aku rekemen apa apa projek pun bukan dapat ap apa pun. Dapat TERIMA KASIH je dari orang yang dapat projek tu.  Yang ni, dapat la gak sedikit income. Sikit pun, sapa nak kasi kan ?

Ada HIBAH dan sedikit coverage INSURAN . Tu biasa dah. Tapi ada SIDE INCOME. Ni bagus untuk kita yang ada ramai kenalan. Benda bukan scam atau nak menipu orang. Benda jangka panjang. Benda tak leh nak jangka sama sekali tapi sekurang kurangnya , ada la juga sesuatu dari takda apa apa. Yang penting , kena ada pendapatan. Kalau sendiri nak makan setiap hari pun susah , tak payah la amik HIBAH ni. Macam aku ni, tak nak la orang mengata bila aku dah takda nanti. Huhu... 

You May Also Like

0 comments