Tak sekolah lagi mereka !

by - Jumaat, Ogos 05, 2022



Petang semalam , Qhaliff batuk dan selsema sedikit. Aku periksa suhu badan dia, menggunakan termometer keluar lampu nyalaan kuning warnanya. Hurm... suruh dia dongak. Nak tengok ada hingus meleleh ke tak. Batuknya sesekali. 

Ni kes macam Aariz ari tu. Ke dia demam kena hujan sewaktu pulang dari surau, malam kelmarin. Aku mandi terus. Tapi dia tak. Asyik berlengah bila suruh akhirnya tak mandi ! Haish. Bila dah gitu suhunya, memang aku tak main main la. Budak budak sekarang kalau dah demam , jangan main main. Bukan satu dua sebab dah. Macam macam boleh jadi. Dengan kes Covid 19 dah kembali mengancam kesihatan ditambah lagi Influenza serta Denggi ! Nah... kiri kanan ada musuh yang mengancam kesihatan kita. 

Aku bancuh air halia madu dan ditambah dengan perahan jus lemon. Tingkatkan antibodi dan boost immunity. Ada orang tak percaya bab gini. Tapi kalau dia faham kepentingan sistem pertahanan tubuh badan kita bermula dari pemakanan yang betul dan bukannya dari ubatan hospital , mesti dia tepuk dahi. Betulkan dulu perut sebelum ambil ubat doktor ! Itu yang aku buat. 

Lepas bagi air halia tu baru aku bagi dia ubat demam dan ubat selsema. Bila si abang tak demam, si adik pun turut aku tak kasi gi sekolah. Bukan apa... aku perhatikan budak budak di sekolah sekarang ramai dah tak pakai face mask. Mereka pulak bila bercakap , selamba dekat dekat. Tu belum lagi yang dok batuk batuk ketika berbual. Aku nampak je mereka ni ketika jemput anak anak pulang dari sekolah. 

Maka sebab itulah aku tak sekolahkan mereka hari ini. Risau dua perkara... bawa virus ke sekolah dan jika dah sihat , tapi antibodi masih lemah... risau terjangkit virus yang lebih bahaya. Maklumlah, ada yang tak sihat pun gi sekolah sekarang ni. Takda pilihan katanya. Mak ayah kerja. Nak kata apa ?? Kalau cikgu dapat tau , ok la. Kalau tak ? 

Aku tak nak pandang ringan bab kesihatan di zaman ni. Memang boleh bawa maut. Kalau sorang kena , sesaat je satu keluarga boleh terjangkit. Bukan sekadar demam biasa je ! Abis kena serang satu badan. Lemah... tak bermaya jadinya. Yang bikin penat , batuk dan selsema berterusan ! Bukan calang calang punya batuk lak tu ! 

Jagalah kesihatan... amalkan pemakanan sihat ! 

You May Also Like

0 comments