Bila Johan Raja Lawak marah anaknya..

by - Khamis, Ogos 11, 2022

" Mari sini kamu.. Cuba jawab soalan tu. " kata Cikgu Rozita.  Aku termangu-mangu. Kemudian aku jawab.  Kemudian aku dicubit ! Jawapan aku salah. Mengalir airmata aku. Malu dengan kawan kawan. Tapi Alhamdulillah, berkat kena cubit tu , aku dapat ilmu baru. Salah aku juga sebab aku tak beri tumpuan ketika cikgu ajar. Bercakap cakap ! Sejak tu, aku tahu dah nak jawab apa bila dapat soalan gitu. 

Semalam , Aariz tak sekolah. Katanya penat. Hurm.. Paksa camana pun , kalau dia dah teriak, memang takkan nak punya. Ada syarat kalau tak nak gi sekolah. 


"Duduk rumah , belajar ngan daddy ! " Kata ibu dia. Arghh... jual nama aku lak ! Sah sah diorang ayamkan aku je kalau belajar ngan aku. Belajar 5 minit , rehat 2 jam. Tengok daddy dok 'sibuk' dengan kerja di handphone , terus ambil kesempatan masing masing. 

Tapi pagi tu tak.. Memang aku paksa dia belajar. Buat Matematik. Mengenal angka. Aariz main main dengan aku. Memang aku naik angin la. Takkan aku nak senyum dan ajak berbual dari hati ke hati lak , kan ? Memang kena marah abis la ngan aku. 

Lepas tu.. terus pandai ! Dia boleh jawab soalan soalan yang ada dalam buku latihan tu. Haaa, boleh pun jawab ! Kalau tak jawapan dia.. " Aariz tak tau laaa.. ". Bukan tak tau tapi tak nak fokus. Dalam kepala dia , ada benda lain ! 

Bila tengok muka dia.. kesian. Menangis teresak esak. Aku peluk dia. Jelaskan pada dia kenapa aku marah. Aku tahu. Dia memang simpan dalam hati. Tunggu masa nak cerita kat mak dia. Gitulah 'nasib' aku. Yang nampak 'jahat'.. aku. Tapi takkan aku nak biarkan ? Aku tak nak diorang jadi macam aku. Bila dah besar, tuding jari pada mak ayah sebab tak ajar ! Sedangkan mereka berusaha nak kasi aku 'akal'. Pagi pagi hari dah hantar gi sekolah. Pastu gi kelas tambahan. Siang malam mereka mencari duit untuk besarkan anak anak. Sayangnya , bila aku dah berkeluarga.. baru aku faham pengorbanan mereka itu. 

Begitu juga kes Johan Rajalawak dan anaknya. Aku tonton video dia marah anak dia ketika ajar mengaji. Untung anak dia. Ayah dia sendiri nak ajar mengaji. Kena marah ? Eh.. kalau tak boleh nak marah , ko jadi kucing je la ! Apa benda sampai tak boleh nak marah anak bab belajar ni ? Ini masalahnya bila kita terlalu terbuka. Sana sini, kononnya hak peribadi ! Bila anak tu jadi 'sampah' , puak ni jugak bising kata mak ayah tak ajar ! Serba serbi salah.. 

Dan kita lak.. jangan la benda benda macam ni , post kat media sosial. Ada benda, kita simpan je untuk tatapan kita di masa akan datang. Orang zaman sekarang , mencari salah orang lain. Salah sendiri, buat buat tak tau.. 

You May Also Like

2 comments

  1. PC belum ada anak. Tengok adik² didik anak² mereka, sumpah.. bukan satu perkara mudah. Faktor umur anak² yang berbeza. Perangai tak sama. Ibu bapa zaman sekarang berlawan dengan gadjet dan media sosial serta kawan² anak². Semua ada pengaruhnya. Mana lebih dominan. Ibu bapa sekarang kena 200% lebih tegas.

    BalasPadam
  2. PC belum ada anak. Tengok adik² didik anak² mereka, sumpah.. bukan satu perkara mudah. Faktor umur anak² yang berbeza. Perangai tak sama. Ibu bapa zaman sekarang berlawan dengan gadjet dan media sosial serta kawan² anak². Semua ada pengaruhnya. Mana lebih dominan. Ibu bapa sekarang kena 200% lebih tegas.

    BalasPadam