Kedai cermin mata murah untuk sekeluarga di Kuala Lumpur !

by - Ahad, Ogos 28, 2022

" Ben , bagitahu Mr. June , aku nak pergi buat cermin mata lagi. Kali ni anak aku yang bongsu nak lak " kata kawan aku. Memang ramai je kenalan aku dah pergi buat cermin mata di Eyes Vision Group , Sungei Wang Plaza ni. Tempat ni mudah nak akses guna pengangkutan awam. Nak je MRT atau Monorel. Terus turun depan depan mall. Senang. Kalau memandu pun ok jer. Parking bawah tu banyak je kosong. Ikut keselesaan. Dan sementara nak tunggu cermin mata siap, boleh jalan jalan area situ. Macam macam kedai jualan ada situ. 

Bagusnya di Eyes Vision Group ni, banyak bingkai yang mampu beli dan berkualiti. Kalau ada masalah dengan produk yang dibeli , boleh je gi bawa balik ke sana dan bagitau apa masalah. Macam pernah berlaku pada kawan aku juga yang mana cerminnya pecah akibat kecuaiannya sendiri. Diberitahu pada Mr June , dan masalahnya selesai dengan pantas ! Alhamdulillah.. 

Kanta cermin pula ada pelbagai jenis jenama dari yang mampu bayar hinggalah yang terkenal ! Ikut la kemampuan kita sendiri. Tak perlu nak pening kepala. Macam aku dulu , terpaksa pinjam duit la kat mak sekejap untuk buat cermin mata ! Nak beli murah je tapi bila sampai kedai yang aku gi tu ( bukan Eyes Vision Group ) , jadi lain. Dia punya sembang sampai aku pun angguk je la. Letih dah menanti. Mencari bingkai satu hal.. pastu dengan kena goreng lagi ! Akhirnya beli cermin mata , RM2K lebih ! Pakai sekejap je ! Kenapa ?? Bingkai rosak. Bila bawak balik ke sana, katanya kena tunggu stok sampai dulu. 6 bulan !!! Ko giler ke apa ? Tepuk dahi aku weh ! 

Di Eyes Vision Group ni , senang... bagitau je berapa bajet kita dan kemampuan kita. Boleh dapat diskaun lagi di kala barangan naik harga. Benda boleh bincang kan ? Kenapa nak pening kepala. Huhu.. Cincai kira ! InshaAllah puashati. 

Dan kalau ke sana , jangan lupa  bagitau BEN ASHAARI YANG SURUH DATANG SINI... haaa... ayat magic tuuu ! InshaAllah dapat diskaun cun punya.. Heeee.. Pastu tanya bab kanta apa yang ada kat sana. Macam aku, aku amik jauh dekat , siap ada tukar gelap lagi. Kira bahasa pasar je la aku guna ni. Kang guna term dia, ada yang tak paham.


Apa apa pun , korang boleh terus hubungi Mr June melalui whatsapp. 

Alamat Eyes Vision Group: Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur


















Jangan lupa baca : Jangan lupa bawa anak anda untuk pemeriksaan mata ! 
\





 

You May Also Like

2 comments

  1. TQ aben for sharing very informative information. boleh rekemen ke kawan-kawan la kedai ni.

    BalasPadam
  2. nak buat cermin mata baru. tapi lens sini yang utk driving punya mahal tak?

    BalasPadam