Bawa anak anda buat pemeriksaan mata atau anda akan menyesal seumur hidup !

by - Isnin, Julai 25, 2022

Aku mula menggunakan cermin mata ketika usia 7 tahun. Ketika tu cikgu yang kesan akan masalah pada aku. Katanya aku di dalam kelas tak dapat tumpukan perhatian. Cikgu minta ayah aku bawa buat pemeriksaan mata dan benarlah , aku punya masalah pada penglihatan ! Dan aku tahu puncanya.. aku suka membaca dalam gelap dengan menggunakan lampu suluh ! 

Bayangkanlah.. zaman tu takda gajet pun ! Tapi disebabkan tabiat suka membaca dalam gelap itulah mata jadi kerabunan atau bermasalah. Alhamdulillah , rabun aku tu tak la teruk mana. Power naik sikit sikit je setiap tahun hingga sekarang. Di usia 46 tahun ni, aku dah ada rabun jauh dan dekat tapi masih beruntung sebab tanpa cermin mata pun , aku masih boleh melihat dengan baik.

Aku pernah tengok ada orang yang kerabunan dia tahap teruk walhal dia jauh lebih muda dari aku. Tahap jika buka cermin mata , tak nampak terus ! Bukan buta tapi kabur abis. Allah.. siannya aku tengok dia. Kanta cermin mata dia , tebal ! Aduh... aku ingat aku teruk dah. Rupanya...










Cermin mata untuk tapi sinar biru

 Dan sekarang ni , makin ramai anak anak kecil kita bermasalah dengan mata ! Puncanya.. korang pun tahu. Tak perlu nak diperjelaskan. Gajet dah tentu. Pastu bab pengambilan makanan yang sihat amatlah kurang. Contohnya , anak anak aku sendiri. Kalau tengok hijau je , tak nak dah ! Naya sungguhlah... 

Nak makan apa untuk jaga mata ? Fuh.. boleh jadi panjang entri ni. Karang bosan lak nak baca. Tapi kalau korang nak tau gak bab pemakanan untuk jaga kesihatan mata , boleh baca di entri Makanan untuk mendapatkan mata yang cantik dan terang.

Cadangan aku ? Dah gaji kan ? Cuba suruh anak kita melihat objek jauh. Tengok cara dia melihat tu. Atau cuba tanya dia , kat dalam kelas.. dia sakit kepala tak atau mudah pening ? Haaa... Jika ada , bawa ke pakar mata untuk pemeriksaan. Kemudian dapatkan nasihat dari mereka. Selepas tu , baru gi buat cermin mata. Jangan risau, harga cermin mata untuk kanak kanak ni tak macam zaman aku. Boleh menangis kalau dengar harga dia. Huhuh.. 




Kalau korang berdekatan dengan Kuala Lumpur , gi ke Eyes Vision Group di Sungei Wang Plaza. InshaAllah, mereka akan bantu dengan sebaiknya. Harga cermin mata pun murah. Jangan risau , bagitau je bajet korang berapa. Nanti diorang akan bantu. 

Alamat Eyes Vision Group: Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur


You May Also Like

1 comments

  1. Salam ben, akk nak tanya mcmmana nak setting iklan-iklan dari google di blog kita?

    BalasPadam