Aidiladha yang penuh bermakna dan menginsafkan !

by - Ahad, Julai 10, 2022

Allaahu akbar Allaahu akbar Allaahu akbar
Laa illaa haillallahuwaallaahuakbar 
Allaahu akbar walillaahil hamd..




Alhamdulillah.. hari ni aku boleh keluar rumah setelah MySejahtera aku dah bertukar kembali ke warna biru. Apakah bermakna virus dalam diri aku tidak boleh menjangkiti insan lain ? Pelbagai pendapat.. pelbagai kajian ! Dan aku, teruskan SOP semampu aku yakni memakai pelitup muka dan senantiasa bersihkan diri terutamanya telapak tangan.  Walaupun aku tak mungkin dijangkiti untuk tempoh beberapa waktu tapi aku tak nak merisikokan orang lain. InshaAllah.. 

Tak balik kampung raya kali ni. Perancangan hanya ke  rumah mak aku di Cheras dan menyaksikan aktiviti korban di masjid sekitar Putrajaya. Ke sana sini , aku pakai pelitup muka. Double ! Huhuhu.. Ketika memandu , aku buka tingkap dan anak anak serta isteri , pakai face mask.. di dalam kereta. 

Qhaliff dan Zahra , banyak bertanya mengenai korban. Kenapa dan mengapa. Alhamdulillah , aku dan isteri berjaya membantu menyelesaikan. Yang penting mereka faham. Aariz , dia bertanya juga tapi lebih kepada.. " Kalau dalam english , apa ya..  ? ". Nak kena translate ke English. Tak pun dari English ke Bahasa Melayu. 

Di rumah dalam minggu ni, anak anak saling kurang sihat. Nasib baik mereka cuma bersuhu 37-38 jer. Kurang panas. Apa yang merisaukan aku ialah jika batuk dan selsema selepas itu. Bermula dengan Aariz selepas balik dari Aeon bersama mak mereka. Nasib baik sehari je demam. Kemudian Zahra pula disusuli Qhaliff. Alhamdulillah , mereka pulih dari demam. Tapi batuk pula menjelma. 

Nasib baik aku dah boleh turun bawah. Aku buatkan mereka air perahan lemon dan madu. Kasi buat pekat untuk mereka minum. Selepas beberapa minum , Zahra muntah. Alhamdulillah.. keluar dengan kahak sekali. Lepas tu baru nampak muka dia kelegaan. Kalau tidak macam ada benda sangkut di dada jer.. Huhu. 

Aku pulak... batuk dan selsema tak teruk. Tapi bila sesekali datang , memang terasa perit. Dan tadi, di rumah mak aku.. aku dihidangkan sup daging yang panas. Aku jamah di luar rumah. Tak berani nak masuk dalam rumah. Huhuh.. Aku mintak serbuk halia dan masukkan ke dalam sup. Allahuakhbar ! Sedap sungguh rasanya. Banyak aku letak. Lepas tu , memang berpeluh aku. 


Selesai makan.. aku batuk beberapa kali. Kahak besar keluar ! Terasa lega sangat !!! Alhamdulillah... Rupanya, ubat ada je kat dapur ! Kena tau campurannya dan juga cara nak guna. Balik dari rumah mak aku, terus ke Aeon Alamanda. Beli lemon dan sedikit buahan-buahan yang tinggi vitamin C untuk dibuat jus. Huhu.. Apa lagi.. masa untuk tingkatkan semula sistem imunisasi badan.. 


You May Also Like

0 comments