Jom Taksir Zakat sekarang dan tebus baucar !

by - Julai 01, 2022

Dah bayar zakat ? Zakat apa ? Er... zakat fitrah dah eh ? Zakat harta ? Er..zakat harta tu camana ? Er , panjang cerita kalau nak cerita. Aku risau korang ngantuk jer kalau aku cerita, kan kan ? Hahaha.. Aku pendekkan je. Zakat pendapatan ni terdiri dari pendapatan yang korang terima , zakat perniagaan , zakat wang simpanan seperti KWSP , zakat pelaburan , zakat emas & perak , zakat takaful dan zakat padi. Takkan nak aku kasi tau yang zakat ni wajib dibayar jika cukup nisab.

Haaa.. mesti korang ada salah satu kan ? Jadi nak kena buat apa ? Mudah jer. Ada banyak cara di zaman ni. Paling malas sekali , gi terus ke pusat zakat pastu cerita je kat diorang. Nanti diorang tolong. Kalau rasa rajin , download aplikasi zakat pastu ikut je arahan yang ada kat situ. Atau kalau rasa nak lagi mudah skit , buka je web Lembaga Zakat Selangor ( kalau korang berada di Selangor ). Aku rasa web Lembaga Zakat Selangor ni , dah cukup lengkap. Segala persoalan dan bantuan ada diperjelaskan kat situ. 

Download Aplikasi Lembaga Zakat Selangor  (Android ) di SINI atau ke laman sesawang Lembaga Zakat Selangor di SINI .

Tafsir Zakat : 



Di laman web Lembaga Zakat Selangor pun korang boleh buat semakan permohonan , rekod lampau, mahupun membuat bayaran secara online yakni e-Zakat Online. Sangat memudahkan dah. Takda alasan kata tak tau. Kalau tak tau pun, boleh je terus walk in ke pusat zakat berhampiran. Takda alasan dah. Heee... 

Ok.. Sempena Bulan Taksir Zakat , pihak Lembaga Zakat Selangor mengadakan kempen Jom Taksir Zakat. Bila korang dah buat taksiran, korang boleh menebus baucar KFC sebanyak RM5. Banyak tuu.. sapa nak kasi RM5 di zaman inflasi ni. Huhuhuh... 

Pastu... jika korang dah bayar zakat ,  secara automatik korang berpeluang untuk memenangi hadiah hadiah menarik yang ditawarkan. Boleh tengok dalam gambar di bawah ni. Alaaa, yang ada gambar motor tu laaa! Mana la tahu , rezeki anak anak.. Eh ! Heeee..

Bayar Zakat Secara Online di SINI.







Cubalah... dapat atau tidak , tu belakang kira. Yang penting , tunaikan kewajiban. Ada rezeki , ada la. Bukan apa...bayar zakat ni , banyak manfaat pada orang lain. Jangan kata duit zakat tu mana pergi ! Sapa dapat ! Sapa guna ! Iskh.. kalau rajin tengok di Facebook Lembaga Zakat Selangor , korang akan nampak yang mereka selalu update dan membuat laporan terperinci setiap kes yang memerlukan bantuan Zakat. Bayangkan di zaman pandemik Covid 19 ni, ramai yang memerlukan bantuan zakat. Jangan lupa banjir yang menenggelamkan banyak rumah di Selangor ni. Allahuakhbar ! Memang ramai perlukan bantuan terutama bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan ! Dengan duit zakat korang tu laa pihak Lembaga Zakat Selangor agihkan buat mereka. 

Ok la.. aku tamo nak bebel panjang panjang. Bahagian aku ajak korang taksir dan bayar zakat , dah lepas. Segalanya terpulang pada korang. Korang sendiri tahu kemampuan dan pendapatan korang. Nak sorok pun , Allah tahu. Jenuh nak menjawab kat akhirat kelak. Tu kalau percaya pada hari Akhirat la. Heee.. 

Sedikit perkongsian yang aku ambil dari Facebook Lembaga Zakat Selangor : 

" Diberhentikan kerja ketika PKP dan diuji pula dengan kanser tahap 4

Subhanallah. Sesungguhnya, segala yang berlaku, pasti ada Hikmah dariNya. Seorang wanita yang dahulunya sihat, seorang bekerjaya, telah diberhentikan kerja sejak pandemik dan kini diuji pula dengan ujian yang tiada satu insan pun sanggup hadapi. 

Wan Marziah atau lebih mesra dipanggil Kaklong kini sedang menjalani rawatan kemoterapi akibat kanser rahim tahap 4.

Kami telah menziarahi Kaklong dan cuba mendapatkan penjelasan sebenar tentang kisahnya yang dikongsikan melalui Tiktoknya. Hakikatnya, ia bukanlah seperti apa yang ditularkan di sosial media. Ia hanyalah salah faham semata-mata berkenaan bantuan zakat. 

Penyakit kanser ini bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan boleh dibuat-buat. Banyak surat pengesahan doktor membuktikan penyakitnya dan ubat-ubatan yang Kaklong wajib makan untuk kurangkan kesakitannya. 

“Terkadang tu ustaz, malam-malam saya tak dapat tidur sebabkan pedihnya kanser ini. Ubat yang doktor bagi juga terpaksa saya lebihkan untuk kurangkan sakit ini...” ujar Kaklong.

Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan juga jadi penyumbang untuk orang seperti Kaklong sentiasa kuat untuk lawan penyakit ini. 

Kami kagum dengan Kak Kay (bertudung biru). Beliau bukanlah adiknya mahupun ada sebarang pertalian darah. Namun, beliau adalah seorang sahabat dunia akhirat sebab sentiasa susah senang bersama hingga saat ini. 

InshaAllah, hasil dari kutipan zakat yang dikeluarkan ke Zakat Selangor, bantuan perubatan Kaklong akan diuruskan mengikut keperluan dan syor daripada doktor pakar yang merawatnya. 

Zakat anda, kami manfaat sepenuhnya buat mereka. Doakan mereka dan kami yang menguruskan. Teruskan sokongan buat Lembaga Zakat Selangor, walaupun kalian hanya menjadi ‘mata’ di media sosial, tapi ‘mata-mata’ kalian cukup bermakna untuk kami santuni mereka yang memerlukan. 

Terima kasih para pengeluar zakat dan juga mereka yang sampaikan aduan ini. "

No tel : 1-300-88-4343



You May Also Like

2 comments

  1. Gaisss, tunaikanlah zakat. Rukun Islam kita. Jiwa pun lapang. InsyaaAllah

    BalasPadam
  2. Dalam rezeki kita ada rezeki org lain.. tak miskin kalau berzakat..

    BalasPadam