Samad Al Iraqi , antara restoran arab yang sedap di Kuala Lumpur

by - Khamis, Jun 30, 2022

Sesekali aku mesti terasa makan makanan Arab yang sedap dan berbaloi. Kenapa ? Bagi aku, kalau makan makanan Arab ni , memang akan kenyang sangat. Maka sesekali layan, memang best. Hehehe.. Setuju ? Tapi ada je orang suka makan hari hari. Makanan Arab ni macam macam ada.  Cara masakan pun menyihatkan. 

Ok... Bila cakap bab makanan Arab ni , wajib terus ke restoran mereka. Memang ada banyak restoran arab yang sedap di Kuala Lumpur ni , kan ? Aku dah pernah pergi  beberapa restoran Arab di Kuala Lumpur ni. Ada beberapa yang menepati selera aku dan keluarga. 

Samad Al Iraqi Restaurant antaranya yang menjadi pilihan. Terletak di bangunan Menara Prestige. Sebelah KLCC jer. Kalau memandu, boleh letakkan kereta di dalam bangunan ni. Kalau malas nak memandu , naik je LRT terus sampai KLCC. Pastu jalan kaki 5 minit. Senang sangat ! 

Selain dari itu, aku suka kat sini sebab selesa, cantik , kemas dan layanan dari staff sangat membantu. Makanan ? Jangan cerita la. Memang sedap sedap la. Original dan asli. Chefnya lak bukan setahun dua dalam dunia masakan Arab ni. 

Di Samad Al Iraqi Restaurant ni pun amat mesra kanak kanak. Makanan dan minuman untuk kanak kanak memang menarik. Diorang mesti suka punya. Zahra siap kata sini restoran paling best pernah dia pergi. Tu diaaa ! Tapi aku tak nafikan la. Sekali pergi dan rasa makanan dia, memang terus jatuh hati ! 




Tak tau nak makan mana satu. Semua sedap sedap belaka ! Chef datang tolong membantu. Hahaha.. Sampai gitu sekali. Aku bagitau aku nak makan yang kenyang tapi pada masa yang sama , tak nak gemuk ! Haaaa.. dia kata takda masalah. Situ memang banyak masakan berasaskan sayuran. Heee.. Terbaik. 

Wife tertarik pada kunafa. Aku lak dengan Chicken Tekka, Kabab Euruq , Potato Kibbeh , Mixed Samad Grilled . Anak anak, Mushroom Soup dia sedap ! 

Kalau nasi dia , aku syorkan Iraqi Quzi dia... Allahuakhbar ! Sedap sangat laaaa wehhh ! Serius ! Makan macam tu je pun dah cukup terasa. Air minum ? Heeee... Semua dalam menu macam nak diorder jer ! Sangat mengiurkan.










Terliurkan ? Aku tengok semula gambar gambar ni pun dah terasa teliur sangat ! Huhuh.. Rasa macam nak pergi lagi nanti. Tunggu gaji. Baru syok makan. Heee.. Apa salahnya makan besar sekeluarga. Bukan nak enjoy sorang sorang kan ! Kenangan manis kena cipta bersama. Baru seronok... makan ! 

Harga ? Jangan risau... berbaloi dengan makanan yang dipesan. InshaAllah.

Samad Al Iraqi Restaurant :
Instagram : Samad Al Iraqi My
Facebook :  Samad Al Iraqi My
TripAdvisor : Samad Al Iraqi My
Tel :  603-2181 0602 / +60 11 1110 0092








You May Also Like

2 comments