Halia bagus untuk batuk dan selsema ?

by - Jun 11, 2022

Beberapa hari lepas.. Aariz bersuara garau. Tanda tanda awal sebelum dia diserang selsema dan juga batuk. Demam , takda. Aku buatkan teh halia. Guna serbuk halia dan juga air suam panas. Tapi dia tak nak minum. Mak dia beri ubat Hurix untuk kanak kanak. Bagus untuk selsema dan batuk. Aku sebenarnya tak berapa berkenan sebab ada gamat. Bagus sebenanya tapi aku tahu yang gamat ni akan buat jadi batuk berkahak. Kalau dia reti nak buang kahak tu, masalah selesai. Selain tu aku kasi dia Sambucol.

Tapi tak pe.. cuba dulu Hurix. Masuk hari ke dua, dia masih ada selsema. Batuk belum muncul. Aku buatkan air halia. Kali ni aku paksa dia minum. Kata aku, kalau dia tak sihat , semua tak boleh pergi SuperPark di Avenue K. Nak tak nak , dia minum. Alhamdulillah.. suara dia dah kembali ok. Tak garau dah. Selsema pon takda. Batuk , boleh kira la dalam sehari tu. Tapi sekali batuk , boleh dengar la cam kering gitu. 

Alhamdulillah... tak jangkit dengan sapa sapa dalam rumah terutama kakak dia. Gi ke SuperPark, dia takda selsema dan batuk.  Tapi yang merisaukan aku bila dia batuk tu je la. Macam ada kahak tersangkut. Kena cairkan kahak tu. Aku kasi lagi air halia. Mak dia buatkan sup ayam. Letak halia dan lemon. Memang payah la dia. Tapi kena paksa gak. 

Ubat batuk, kasi gak terutama nak tidur malam. Kasi dia rehat betul betul. Tapi air halia, tetap aku paksa dia minum. Bagus yer halia ni ! Jangan ingat sekadar untuk buat masakan je. Haaa.. Dia ada antiradang yang mana  boleh melegakan sel membran yang berada di saluran pernafasan yang boleh melegakan rasa batuk.

Kena amalkan. Jangan sekali sekala amik pastu harapkan kemujarabanya. Alhamdulillah, Aariz.. selsemanya tak meleleh dan batuknya tak kerap. Boleh kira la dalam sehari tu berapa kali je batuk. 


 


Testimoni rakan rakan yang dah gunakan Halia #1 untuk merawat sakit. Alhamdulillah. Ramai je kawan kawan berikan feedback positif. Mereka memang jenis amalkan herba dan makanan natural untuk kesihatan yang berpanjangan. Tak nak guna ubat ubat doktor atau farmasi bagai melainkan bila dah takda pilihan. Huhuh.. Guna yang ada di sekeliling kita dulu.. InshaAllah.. 

You May Also Like

0 comments