Lebih mudah jual racun rupanya !

by - Khamis, Jun 30, 2022

Pada satu hari , tak ingat tahun bila. Waktu tu aku nak pakai baju melayu untuk ke masjid. Baju muat pakai. Seluar , tak muat ! Biar betul ??? Biasanya muat jer. Terus aku tengok cermin. Rupanya aku dah berisi. Seluar aku ketika tu size 30 , tak boleh pakai dah. Semua ni salah nasi kandar di malam hari. Hari hari nasi kandar dan ayam madu ! Huhuh.. Sekali makan , 2 ketul ayam tu wajib ada. 

Bila timbang , berat dah lebih 100kg rupanya. Aduh. Ni semua gara gara berhenti main bola dan sibuk kerja siang malam. Pastu melepak malam. Makan , makan dan makan. Dan akhirnya , aku pun join kelab mereka yang ada penyakit Tekanan Darah Tinggi. Fuh, bila tengok kawan sendiri pergi kerana penyakit ni, baru tau yang ianya sangat merbahaya. 

Apa tindakan aku ? Kuruskan badan la. Gi gym.. bersenam ! Tapi sayangnya , sama gak ! Takda perubahan pada badan. Nampak sado je. Tapi penyakit gagal hilang. Cari jalan mudah... sapu minyak panas ! Atau ambil ubat kurus. Beli la beratus ringgit. Ada gak beli mesin goyang goyang yang kononnya boleh hilangkan lemak bagai di perut tu. 

Apa yang aku dapat ? Buasir ! Pedih bontot makan ubat kasi kurus ni. Panas sangat kata orang. Haih... Menyesal. Gi jumpa doktor, dapat ubat. Hurm... Nak tak nak , kena guna cara yang sebenar. Ingatkan ada jalan pantas. Rupanya.. kena kencing jer. 

Tapi sayangnya, itulah orang mudah dijual. Yang cepat, yang pantas dan yang mudah. Padahal yang paling mudah ialah , jaga makan.. makan makanan yang betul dan rajin rajin bersenam. Jaga disiplin TRM.. tidur, rehat dan makan. InshaAllah.. 

Seperkara lagi.. ubat ubatan kita ni, ada banyak kat dapur jer. Tapi kita sering endahkan. Lebih suka menyusahkan diri... Huhu.. 











You May Also Like

0 comments