Kenapa korang patut amalkan pengambilan HALIA ini ?

by - Khamis, Jun 02, 2022


Macam korang tau , sejak aku gunakan serbuk halia ni, banyak perubahan berlaku pada aku dan juga isteri. Kami ' kaki kopi' ! Tapi dia yang rajin beli. Aku tumpang jer. Hee.. Kesan dia ? Berat badan kami naik. Patutlah aku workout hari hari pun, berat badan begitu payah naik turun kurang dari 90kg ! Perut kelihatan besar walaupun nampak sado ! Huhuh.. Wife lak... memang ketara la perbezaan fizikal sebelum dan selepas. Aku banyak kali dah komplain kat dia ! Demi kesihatan !! 

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada dia tu, adalah titik tolak perubahan buat kami. Alhamdulillah.. aku sendiri dah takda masalah angin dan kembung perut. Pedih ulu hati pun dah takda . Tapi bukan bererti dah takda langsung dan bebas makan apa saja ! Nope ! Salah yer. Kami masih perlu jaga diet pemakanan. Elakkan yang patut dielakkan seperti makanan yang pedas, banyak minyak , susu lembu kotak dan pastinya, kopi yang ada campuran susu serta gula ! Tu semua punca ! 

3 bulan aku amalkan pengambilan serbuk halia ni.. apa kesan yang aku nampak ? Pertama , berat badan aku di bawah 90kg. Badan lebih ringan dan cergas di pagi hari. Bangun pagi , cepat ceria. Tak da nak lesu bagai dah. Buang air besar , lawas ! Sedap perut jadinya.  Bacaan tekanan darah , cantik dan pastinya.. takda masalah diabetis walaupun mak ayah aku , ada diabetis. Orang kata boleh menurun. Alhamdulillah.. terkawal. 

Terbaca... 

HALIA dan Kesannya Terhadap DIABETIS 

Halia juga bersifat antidiabetis, lebih baik berbanding bawang putih. Kajian klinikal mendapati penggunaan serbuk halia pada dos 3 g sehari selama 30 hari dapat turunkan gula dalam darah. Selain dari itu, ia boleh turunkan kolesterol dan trigliserida dikalangan pesakit diabetes Type 2. 
Pengunaan halia segar juga boleh, cuma biasanya dos yang digunakan adalah double dari dos biasa iaitu 6g.

Kajian yang diterbitkan dalam Asian Journal Experimental Science pada tahun 2009 juga mendapati halia berpotensi merendahkan gula dalam darah dan merendahkan  kadar protein dalam air kencing - sesuai untuk pesakit buah pinggang.

Bahan khasiat dalam halia dikenali sebagai gingerol dan shogoal. Halia bentong lebih tinggi bahan bahan khasiat ini berbanding halia biasa. Cuma harga halia bentong biasanya lebih mahal berbanding halia biasa. 


Baru baru ni, ibu jari tangan kena cekam kuku. Sakit dia memang padu la ! Cam biasa , aku korek sendiri jer. Huhu.. Itu zaman muda la. Ni dah usia 40an , orang kata kena hati hati. Takut kita ada diabetis atau kencing manis, sedikit luka sangatlah menakutkan. Boleh melarat dan kena potong jari tu. Terlupa lak aku. Bila dah buat 'pembedahan' sendiri tu baru teringat. Huhuh.. 

Alhamdulillahh.. pembedahan berjaya selepas beberapa kali aku potong kuku dan sedikit daging yang terkesan. Dan sembuh dalam masa yang singkat. Nasib baik !!




Air serbuk halia ni kalau ditambah dengan lemon , memang bikin lawas perut. Memang syok membuang pagi hari. Memang banyak je produk yang clear perut ada di pasaran tapi yang ni, tanpa bahan pengawet atau tambahan bahan lain yang diproses. Natural 100% ! Perlu tahu.. kita kena amalkan yang natural selalu. Jika boleh elak.. elakkan. Sebab tu aku suka amalkan yang natural jer sejak tahu kebaikannya. Tu pun lepas aku belajar detox di Life Co , Phuket pada tahun 2016. 

Bukan saja halia.. ada banyak lagi anugerah Allah yang bagus untuk kita amalkan hari hari. Hari hari tau ! Bukan sekali sekala ! 




Turunkan berat badan... Ha ! Ni syok ! Mereka yang pernah melahirkan anak , akan berpantang dalam makanan. Setiap kali nak makan , mesti ada halia ! Kan ? Dan kesannya, nampak langsing kembali badan. Halia ni memang terbukti berkesan dalam menurunkan berat badan. Mereka yang obesiti , digalakkan amalkan halia ni. Tapi dalam masa yang sama , kena jaga juga pemakanan. InshaAllah , jika amalkan.. nafsu terhadap makan juga terkawal. 

Kata mereka yang dah amalkan Halia ni... 



3 bulan lebih dah aku tak brisk walk pagi pagi. Biasanya aku kena brisk walk untuk pastikan tekanan darah di paras normal dan juga untuk hilangkan angin dalam badan. Tapi selepas amalkan air suam panas halia ni, Alhamdulillah.. banyak khasiat yang aku dapat. Tekanan darah punya bacaan pun cun jer. Huhuh.. Angin pun macam aku kata tadi, dah kurang sangat. Melainkan aku salah makan.. memang cari pasal la ! 

Alhamdulillah.. 






Inilah serbuk halia yang aku dan isteri amalkan. Halia #1. Kelebihanya ialah di mana halia ni ditanam. Korang pun tahu yang khasiat dari tanah ni amatlah penting, kan ? Haa.. aku malas nak claim lebih lebih. Korang boleh baca sendiri testimoni serta tengok video mengenai Halia #1 ni di Instagram HaliaNoSatu . Cara nak beli pun ada kat situ. Klik je link kat IG tu nanti..  

Jangan tunggu sakit baru nak amalkan... Hargai kesihatan sementara kita ada...



You May Also Like

1 comments

  1. Salam tuan bagi saya ambil kopi tak salah..sebab saya pun baru tahu pasal ni..the big culprit is SUGAR
    Apa apa aje makanan yang associatekan dengan SUGAR is make your body worse
    Aku sendiri tengah alami
    Skrg aku buang gula almost 80% daily
    Kopi kosong is healthy..tapi bukan kopi proses yg ada marjerin
    Yang bland macam essensio tapi bukan yang 2in1

    BalasPadam