Kenapa aku beli telefon pintar di Sen Heng jer ?

by - Selasa, Jun 28, 2022

Aku suka beli barang elektronik di Sen Heng.  Kenapa ? Korang pun tau yang barang elektronik di zaman ni mudah rosak. Kalau murah , ok la. Kalau mahal , mau pening kepala gak nak repair. Sebab tu penting beli barang ni, ada jaminan dan paling utama, servis selepas jualan. Haa.. ada kedai yang lepas tangan. Terus dia suruh kita gi centre sendiri. Kalau dia nak hantar pun , makan masa. Tu pun dia kenakan bayaran tambahan. Sampah tul ! Pernah kena. Memang serik la. Terus buang aku alat aku tu walhal beli beribu. 

Apa yang menyebabkan aku nak 'setia' dengan Sen Heng ni, ada satu kes. Aku beli slow juicer. Baru pakai dua tiga kali, rosak ! Kemudian aku dapat tukar yang baru. Pakai , rosak juga ! Frust. Pergi balik.. dapat tukar lagi tapi kali ni, aku upgrade yang lebih ok. Boleh. Dan Alhamdulillah... ok pastu. 

Sejak tu.. memang aku beli je kat sana. Cuma ada satu kes je yang bikin aku frust. Tapi bukan salah Sen Heng. Tu salah orang yang datang repair. Penghawa dingin aku rosak. Buat laporan, datang technician. Tak boleh repair. Katanya kena tukar part. Dia buat report nanti. Dan takda apa apa pun berlaku. Aku buat lagi report kat Sen Heng.. Datang technician baru. Dan gitulah juga jalan cerita. Panggil technician luar, settle masalah ! Geram pulak aku. 

Tahun 2020.. hujung tahun. Aku gi Sen Heng lagi. Kali ni nak beli telefon pintar. Aku nak beli tunai. sayang lak duit. Hahaha.. Beli je la ansuran. Walaupun ketika tu harga telefon yang aku nak dah turun harga di kedai luar tapi aku tak kisah. Aku nak beli kat situ ada dua sebab.. 

1. Jaminan untuk jangka masa yang panjang. 
2. Nilai tukaran telefon ke telefon lain agak tinggi. 

Penting buat aku bab jaminan ni. Aku tahu yang telefon akan problem skrin mahupun charger port dalam masa tempoh 1 tahun ke atas. Nak dua dua ni, mahal. Motherboard rosak, lagi la mahal. Aku perlu melabur sedikit jer. Bukan apa.. jika aku nak tukar phone lain, phone ni aku akan kasi wife atau anak anak. Wife aku tak kisah bab gajet gajet ni. Asal ada kamera dan boleh call , dah. Sekarang ni pun dia guna Samsung Note 9 aku yang lama. Ok je.. 

Beli.. bayar bulan bulan. Aku amik bayaran ansuran selama setahun. Alhamdulilah, selesai pun. Dan jangkaan aku tepat. Selepas setahun lebih , dah mula terbit masalah dia ! Haaaaa... Kat gambar bawah ni, bahagian kiri kanan dia. Kat situ kelihatan skrin di memutih. Macam macalah cecair. Huhuh... Ni memang masalah LCD seperti tv screen LCD. 

Aku buka app Sen Heng. Cari  resit pembelian. Tengok tarikh belian. Aku hubungi Customer Service melalui Whatsapp. Balasan yang pantas. 



 Ok... nanti bawak gi Sen Heng Alamanda jer. Aku kat situ. Tengok la nanti.. samada nak upgrade atau tukar je skrin baru. Nak upgrade, banyak kerja gak aku nanti. Huhu... Yang penting , aku lega. Jaminan ada sehingga 2024. Lama tu.. Hee.. Boleh guna 2 tahun lagi. Selagi tak rosak dek kerana kecuaian kita, maka jaminan tu boleh digunapakai. 

Tapi jangan suka dulu.. Haa, kena gi sana dulu dan dapatkan pengesahan untuk repair tu. Kalau tau.. Naya jer ! 

You May Also Like

4 comments

  1. saya pun suka beli barang elektrik rumah di sen heng, sebab ada jaminan tu lah.. nak extendy warranty pun boleh.. pernah sekali kami beli tv... x lama pakai dah keluar masalah pd skrin... call sen heng terus diorang hantar tv baru... mmg puas hati, x byk songeh.. resit² pun senang nk track, semua masuk dalam apps diorang

    BalasPadam
  2. Boleh dipertimbangkan jugak cara ni. 👍🏼

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum bang nk tanye agreement fee kt seng heng kne bayar berapa ea?

    BalasPadam
  4. Mcm mna mna nak apply tu?saya nk amik telefon😅

    BalasPadam