Kesian tapi sayangnya , kesabaran aku dah sampai hadnya..

by - Sabtu, Jun 11, 2022

Bagus sebenarnya bela kucing. Aku pun sayangkan kucing. Nak bela sangat kat rumah ni. Bukan saja kucing.. tapi kalau boleh nak gak bela burung, ikan dan pelbagai binatang yang boleh dibela. Tapi aku tahu nak bela binatang ni, bukan senang ! Komitmen kena tinggi. Mereka bukan saja perlukan tempat tidur yang selesa, makanan yang sesuai tapi kesihatan mereka juga perlu diambil berat ! Semua tu memerlukan kos dan penjagaan yang teliti. Aku sendiri pun dibesarkan dikelilingi binatang peliharaan. 

Seperkara lagi.. bela binatang ni mendidik anak anak untuk punya perasaan kasih sayang terhadap makhluk lain. Tapi sayangnya , di zaman ni.. ramai sekadar awal awal je jaga pastu mulalah cuai dan lalai. Binatang peliharaan mula terbiar. Sakit sana sini. Tak makan. Pastu ?? Dilepaskan begitu saja. Kalau binatang tu jenis yang pemangsa, camana ? Contoh iguana.. ular.. labah labah ? Pergh.. Yang jenis tak reti cari makan sendiri lak ?? Burung... tupai ? Haish..

Sekarang ni.. kes kucing belaan yang dilepaskan. Adoilah.. Ramai dah bising ! Tapi apa tindakan ?? Hurm... Nak kasi makan tu, takda masalah. Tapi yang jadi masalah tu bila dah mula membuang di kawasan kediaman kita. Kalau dibuangnya di tempat yang mudah dibersihkan,  boleh la sabar lagi. Ni tempat yang kita pulak nak kena kutip taik dia.. pastu bersihkan ! Sehari 2-3 kali ??? Kalau kita outstatin, camana lak ? 

Si kucing hitam ni. Dari perhatian aku.. ni bukan kucing jalanan. Mesti kucing bertuan. Tapi ketika dia datang main di kawasan aku, dah ada penyakit di leher dia tu. Awal awal teruk gak la. Ni dah nampak makin sembuh. Hurm.. 

Makanan dan minuman dia , takda masalah. Aku nampak jiran kiri kanan aku kasi dia makan. Aku sendiri pun. Anak anak aku pun sendiri kasi makan. Tapi bila bab mencuci , aku sorang kena buat. Hahaha.. Betul.. pahala untuk aku. Masalahnya, sampai ke atas rumput tu dia beraknya. Bila dah berak, geng lalat lak mula hurung. Bila dah mula ada lalat.. bayangkan apa penyakit boleh dibawa masuk ke rumah kita ??? 

Dari kehijauan bertukar warna dah.. 







Bangun pagi ni.. ingatkan nak gi gym tapi bila keluar depan rumah.. hurm.. bau tau kucing menyengat masuk ke lubang hidung. Dia lak datang mintak makan. Awalnya aku nak kasi dah tapi bila tengok ada dua 'bekas najis' baru , dibuang atas rumput tu... memang sampai dah batas kesabaran aku.. 

Masa untuk aku pindahkan di kawasan baru ! Sebulan dah aku dok cakap gini tapi tak sampai hati. Anak anak pun tanya kenapa aku nak buat gitu ? Aku dah jelaskan dengan mereka. Sekarang baru aku faham kenapa arwah ayah aku buat gini dulu. Ketika tu aku terasa cam sedih la kenapa dia buang kucing depan rumah tu jauh jauh. Huhuh.. Baru aku faham. 

Tempat aku pindahkan tu, memang kawasan ada geng kucing la. Maksudnya, situ takda masalah bab makanan. Kawasan baru yang takda berpenghuni tapi ada la kedai makan dan sebagainya. Kesian tapi tu la... 

Hurm.. 

 

You May Also Like

0 comments