Cameron Highlands menarik tapi menakutkan !

by - Jun 07, 2022

Kembali lagi ke Cameron Highlands. Kali terakhir aku ke sini, aku pulang membawa memori pahit. Apakah itu ? Hurm.. kemalangan ! Yer... kereta aku dilanggar gara gara penunggang motorsikal yang cuai ! Sendiri buat salah, pastu nak salahkan orang lain. 

Kali ni aku ke sini sebab wife ada kursus. Nasib baik kena gi awal sebelum cuti sekolah bermula. Kalau ketika cuti panjnag , memang aku tak nak ikut la. Malas ! Tau mesti akan sesak giler punya atas ni. Bukan calang calang punya sesak ! Kira banyak masa terbuang begitu saja dalam kereta. Tapi aku cukup salute la pada mereka yang tetap naik walaupun tahu kesesakan bakal berlaku. 

Rezeki aku sekeluarga naik awal. Orang tak ramai... tenang.. cuaca pun cantik dan yang penting , nak bergerak ke sana sini begitu mendamaikan. Heeee.. Anak anak pun gembira kali ni. Masing masing dah besar dan pandai menghayati keindahan alam semulajadi. 

Cameron Highlands dah banyak berubah. Makin banyak tempat untuk dikunjungi tapi aku tak sempat nak merayau sana sini. Aku lebih suka abiskan masa dalam hotel jer. Heee.. Syok ! Mendamaikan je udara. Suhu sekitar 20 darjah celcius, mengimbas memori ketika di Jepun dan juga Paris. Walaupun tak sama , ada gak la bau  bau bacangnya. Heee..

Menginap di Heritage Hotel kali ni. Sebelum ni, di Swiss Hotel. Bestnya kat sini , nak ke tempat makan mudah. Dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam. Dekat je nak jalan kaki. Makan pun tak la mahal sangat tapi boleh tahan gak la harganya. Heee..

3 hari di sini. Tak puas ! Tapi cukuplah untuk mencipta memori bersama mereka. 















 

You May Also Like

1 comments

  1. Lama sungguh tak ke sana .. one find day Insyaa Allah . Anak² dah bising gak ni tak dibawak berjalan

    BalasPadam