Hadiahkan cermin mata pada yang tersayang !

by - Jun 21, 2022

Nak beli apa eh hadiah hari jadi kali ni ? Persoalan yang sering timbul ! Kan kan ? Bagi yang biasa biasa pendapatan , mesti akan cari barang yang harganya mampu bayar tapi yang penting , selalu digunakan. Taknak la simpan dalam almari sebagai kenangan. Aku nak dia senantiasa guna. Aku pun dapat pahala. Kan kan ? 

Perfume ? Hurm.. boring ! Banyak sangat dah perfume tiruan. Awal awal wangi. Pastu kembali bau masam. Hahaha.. Baju ? Hurm... pakai sebulan sekali ? Boring. Rugi jer. Beli mahal mahal... pastu simpan. Kereta ? Tak mampu woiii ! 

Belanja makan ? Tu kalau rasa tak cukup bajet , ok la. Kalau ada duit lebih sedikit dan rasa nak buat pahala berpanjangan . nah.. aku kasi tips ! Belikan cermin mata. Bukan cermin mata untuk kelihatan kacak tapi cermin mata untuk dia melihat dengan lebih baik. Haaa.. Bila kita memudahkan urusan orang , inshaAllah , Allah permudahkan urusan kita. Yelah, kadang kadang kita tau , orang tu nak tukar cermin mata baru tapi risau harga mahal. Atau di luar kemampuan kita. Maka , jangan persiakan peluang tu. Jika mereka dari golongan yang memanfaatkan mata ni, ambillah peluang yang ada tu. 








Mahal nak bikin cermin mata ? Tak pun sebenarnya.  Ada je yang murah. Kena tahu kat mana dan paling penting , kena ada 'kenalan'. Dapat la diskaun banyak skit dan paling penting ,  after sale service tu mau cun ! Ada yang dah jual barang pastu bila ada isu , diorang malas nak layan ! Haaa.. Macam baru baru ni, kawan aku bagitau cermin mata dia yang baru dia buat tu, kantanya pecah ! Salah sendiri la. Pastu nak buat baru.. Alhamdulillah, dapat la diskaun murah untuk kanta baru. 

Baru baru ni ,  keluarga sebelah wife turun KL. Mak mertua dan abang ipar katanya nak buat cermin mata. Nak buat kat Kelantan, dia kata harga mahal skit. Memandangkan aku ada kenalan , maka aku bawak gi Sungei Wang Plaza. Korang pun tau kedai mana kan ? Mestilah aku ke Eyes Vision Group. 

Cermin mata untuk membaca jauh dekat untuk mak mertua. Satu lagi cermin mata , rabun jauh yang boleh tukar gelap. Siap ada anti silau yang mampu sekat cahaya biru. Penting yer untuk sekat cahaya biru dari skrin gajet ni. 

Dan pastikan.. bingkai yang diambil tu , ikut kesesuaian muka. Jangan nak ikut trend sangat. Kang rugi jer melainkan kita ada duit banyak. Pilih bingkai yang tahan lasak , pastu mudah untuk dicuci dan paling penting... harga ok ! 

Gi sana.. cari Mr June. Bagitau je korang dapat tau dari blog Ben Ashaari. Hee.. mudah. 

Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel atau whatsap : wasap.my/60163636464
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)


 

You May Also Like

0 comments