Selalu pening kepala ? Rasa badan lemau semacam ? Kerap mengantuk walaupun belum waktu tidur ?

by - Isnin, Jun 20, 2022


Bukan tajuk penting tapi sebenarnya amatlah penting kalau kita ambil tahu. Aku bukanlah pakar tapi Alhamdulillah, sejak aku menyedarinya akan kepentingannya , aku jaga betul betul. Kenapa aku jaga ? Sebab aku takda duit nak pergi klinik dan aku taknak susahkan orang untuk bawa aku ke hospital bagai untuk mendapatkan rawatan yang mana aku sepatutnya mencegahnya dari awal lagi ! 

Arwah ayah aku..setiap pagi makan ubat hospital. Ada ubat darah tinggi dan juga kolestrol. Banyak kali dia nasihatkan aku sekeluarga untuk jaga makan. Jangan sampai dapat darah tinggi. Tapi aku degil. Aku suka makan maggie ketika tu. Makan tak hengat dunia ! Sekali makan sampai 3 bungkus ! Pergh... Aku pandang ringan bab tekanan darah tinggi ni ! Darah naik tinggi je pun. Bukan boleh mati  ! 

Bila dah berakal ni, dah nampak kawan kawan meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi , baru sedar ! Bukan takut mati tapi sebelum mati tu, kena jalani pembedahan ! Potong sana sini. Koma. Baru meninggal dunia ! Allahuakhbar. Sian tengok ahli keluarga yang datang menjaga siang malam. Hurm.. 

Alhamdulillah.. Allah beri peluang pada aku untuk pelajari ilmu kesihatan. Aku dapat  tawaran ke satu tempat ni. Di luar negara. Belajar mengenai detox secara alami. Maknanya mengunakan bahan bahan semulajadi yang ada di dapur rumah kita , belakang rumah , kebun dan sebagainya. 




Awalnya aku pandang remeh jer. Maklumlah , ketika tu aku ingat.. memadailah dengan bersenam dan jaga makan. Tapi rupanya aku salah ! Aku bersenam tiap malam. Tapi aku ada hypertension ! Kenapa begitu ? Haa.. Banyak yang aku tak tau tapi berlagak tahu rupanya.

3 hari di sana. Barulah aku tahu. Senang jer sebenarnya nak jaga kesihata ni. Kena elak makan makanan tak berkhasiat pastu jaga stress. Jaga stress ni , kena tidur awal.. kena tenang tenang. Benda ni mudah je tapi kita sering pilih yang sukar ! Contohnya , jaga makan. Alahai.. Makan je apa yang ada kat dapur. Nasi putih , ulam , budu skit tak pun sambal belacan. Masak sup ayam , ikan ke tapi pun sup sayur. Tapi sayangnya, kita gi kejar makana yang viral ! Penuh cheese , penuh garam.. berlemak tinggi ! Manis. Aduh.. macam macam. Takut bila mengenangkan kembali. 

Balik rumah. Sakit kepala. Sebu perut. Kembung perut. Gi farmasi atau klinik , amik ubat. Nah.. yang masuk dalam perut kita tu , semua benda benda yang bukan 'original' ! Bayangkan benda benda ni dicernakan dan dibawa ke seluruh badan kita. Dari hujung kaki hinggalah ke hujung kepala ! Pastu melekat untuk satu jangka masa yang lama. Bukan boleh terus keluar. 


Maka sebab tulah kita kena buat proses nyah toksin dengan kerap. Antaranya dengan berpuasa. Tapi sayangnya , masa berbuka.. tu dia ! Dia punya makan tak hengat dunia. Tak selesai masalah kalau macam ni. Kan ? 

Dah tu camana ?  Kena buat nyahtoksin dengan kerap. Sebulan sekali dua , cantik dah. Bila dah lama skit , buat je sebulan sekali dan bergantung pada apa kita makan. Kalau kita makan tu , elok dan cantik, tak perlu dah pun buat. Memadai je dengan berpuasa. 


Kita boleh rasa perbezaannya. Contohnya aku, tiada lagi kes Hypertension , kandungan gula dalam darah terkawal , pening kepala di pagi hari tiada lagi dan bangun subuh.. terus segar. Takda lemau lemau dah. Alhamdulillah.. 

Bagi aku.. badan kita ni umpama sebatang pokok. Kita diperbuat dari tanah. Kemudian membesar. Baja apa yang diguna ? Kalau kita pikir semua sama jer.. salah sama sekali ! Apa yang kita makan , itulah yang menghasilkan diri kita. 














You May Also Like

2 comments