Akhirnya , aku positif Covid 19 juga.

by - Isnin, Julai 04, 2022


Bermula dengan rasa panas di tekak, aku ingatkan sebab tidur berdengkur. Biasanya aku jadi macam tu jika berdengkur kepenatan. Nasib baik aku memang berface mask senantiasa. Rasanya aku tau dari mana aku dapat. Tempat tu tak ramai pun orang tapi aku memang sangsi akan kebersihannya sebab takda yang bersihkan alatan di situ walaupun kelihatan bersih. Dah la tak letak kain dan juga sanitezer di kawasan tu. Adeh.. 

Balik rumah, aku dah rasa lain. Badan lenguh lenguh dan penat lain macam. Rasa macam seminggu buat kerja tanpa rehat. Pagi Sabtu, aku swab test. Dengan pantas dua jalur terpampang ! Pergh.. pekat kaw kaw. Hahahaa.. Terus aku naik bilik atas dan kuarantinkan diri. 

Dan barulah simptom seperti batuk dan selsema menjelmakan diri. Tapi tak teruk la. Sebab aku memang amalkan halia yang mana boleh membantu mengurangkan masalah batuk dan selsema. Tiap kali batuk , memang akan keluar sekali dengan kahak yang tebal. Sesekali je menyerang. 



Sakit kepala, takda. Demam , ada. Dalam 38 gitu la. Lepas makan Panadol, ok dah. Tekanan darah , SPO, nadi semua ok.. Alhamdulillah. Anak anak dan isteri, diorang ok.  Nasib baik aku dah memang amalkan di rumah, sapa selsema atau batuk , walaupun sedikit.. terus pakai face mask. Pastu kuarantinkan diri. Hingga betul betul sihat. Huhuh..

Terus report ke MySejahtera. Tak perlu report ? Hurm... kalau keadaan melarat , camana ? Haaa..Kan dah susahkan diri sendiri ? Report dan kuarantinkan diri. Kita bantu masyarakat sekeliling juga. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Hari ni hari ke 2.. Ada lagi 2 hari untuk kuarantin. Anak anak pun tak boleh gi sekolah. Terpaksa cuti lagi. Kes di kalangan murid murid pun tinggi sekarang ni. Aku cuma berharap , pihak sekolah kembali tegaskan penggunaan face mask dan kebersihan diri di kalangan murid. 

You May Also Like

6 comments

  1. Moga cepat sihat Ben.. tempat aku pulak, tengah serangan denggi... stanby je ni, kalau ada yang sakit badan je kenalah pi amik darah...

    BalasPadam
  2. Sekarang dah ramai yang tak pakai mask.. bersesak.. bila keluar rumah rasa risau juga.

    BalasPadam
  3. Semoga cepat sembuh Abang Ben...

    BalasPadam
  4. Moga cepat sembuh dan dapat aktivitas lagi

    BalasPadam