Gagal masuk ke Skywalk , Kepong !

by - Julai 24, 2022

Lepas Subuh , bersiap masing masing. Perancangan dari awal minggu , akhirnya tinggal selangkah jer. Diorang pun teruja nak pergi FRIM FOREST SKYWALK ni. Aku nak tanamkan sifat cintakan alama semulajadi pada diri mereka di samping nak bina kekuatan diri. 

Tiba di sana dalam jam 9 lebih pagi. Dari rumah aku ke sana , ambil masa sejam jer.  Dalam 60km gitu. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Awalnya tersesat masuk ke pintu utama. Tak dibenarkan masuk tapi pengawal memberi kerjasama yang baik. Diterangkan pada aku jalan mana perlu masuk.

Akhirnya tiba. Banyak kereta diletakkan di luar. Taknak masuk ke dalam. Aku pelik gak. Bayaran tempat letak kereta cuma RM6 dan yang datang beriadah kat situ pun bukan calang calang. Huhuh.. Aku bayar , dan masuk dalam parking. Banyak kosong tapi orang ramai. Ternyata mereka memilih untuk parking di luar berbanding di dalam. Luar , percuma. Heee.. pandai rakyat Malaysia berjimat tapi  menyusahkan penduduk setempat sebab mereka parking di bahu jalan taman ! Hurm.. 

Ok.. berjalan dari tempat letak kereta ke stesen Skywalk, mengambil masa dalam 15-20 minit jer. Tapi menarik sebab permandangan indah. Cuaca cantik , udara segar. Pengunjung berbilang bangsa dan usia. Best ! Cuma kalau tempat ni betul betul di kawasan hutan , udaranya mesti lebih sejuk dan nyaman. 




Aku ke kaunter pembayaran. Dan terkejut ! Huhuhu... terkilan terus jadinya. Kenapa ? Sebab kena tempah tiket secara online dan kena awal beberapa hari ! Huhuhuh... Tergaru kepala aku jap. Sia sia je la datang jauh jauh ni ?? 

Kemudian mereka bagitau ada slot kosong jam 11 pagi ! Aku kena tinggalkan nama dan no telefon. Nanti mereka hubungi atau aku kena datang sebelum jam 11 untuk urusan pendaftaran. Alhamdulillah. Lega rasa.. 

Sementara tunggu jam 11 pagi , kitorang jalan jalan. Perut dah berbunyi. Nasib baik aku bawak biskut oats sebagai bekal. 



online booking : skywalk.frim.gov.my

Harga tiket masuk SkyWalk

 



Jam 10 lebih , kami kembali. Alhamdulillah. Ada slot untuk kami. Kemudian aku scan QR code. Isi nama dan data peribadi mereka yang akan masuk. Pegawai yang bertugas bertanya pada aku.. semua umur 7 tahun ke atas ke ? 
Alamakkk ! Aariz baru 6 tahun. 

Aiseyman. Hanya 7 tahun ke atas je boleh masuk Camana ni ??  Aku pandang muka mereka. Masing masing dah teruja nak masuk. 

" Tak pe la.. Aariz dan ibu , duduk sini. Abang , kakak ngan daddy masuklah. " Kata Aariz. Aku cam pelik ! Takkan kot budak ni nak duduk sini je ? Lama kot nanti atas tu ? Camana ni ? Nak ke tak nak ???

" Tak pe la. Kita datang sama sama. Kita masuk sama sama. Adik tak dapat masuk, kita semua tak masuk. Tahun depan , kita datang semula. Kita masuk sama sama. Baru seronok . " kata aku. 

" Tak peee.. Aariz ok jer... Daddy masuk je. Aariz ngan ibu tunggu sini."  Aariz senyum. 

Pegawai yang bertugas tu minta maaf berkali kali. Katanya kalau dia benarkan  pun bahaya sebab jika berlaku apa apa di atas , akan jadi masalah buat semua. Aku faham. Kemudian dia bagitau aku , jika untuk kanak kanak bawah 7 tahun ni, boleh je Bukit Nenas. Situ ada juga Skywalk untuk kanak kanak. Tak tinggi dan selamat. Wah, menarik ! 

Selepas ucapkan terima kasih , kami beredara dari situ. Hampa ? Tak pun... Takda rezeki. Ada hikmah la untuk kami. Heee.. 

Kembali ke tempat letak kereta.. aku tengok kereta aku kotor ! Huhhh.. apasal ??? Aku nampak ada banyak bekas tapak kaki kecil kecil. Huhhh ! Monyet betul ! Haahahhaha.. patut la diorang tak nak parking dalam ni. Bukan sebab nak jimat , rupanya nak elak dari monyet main kat kereta diorang ! 
 

You May Also Like

1 comments

  1. Nice sharing. Boleh jadi panduan mereka yg nk ke skywalk ni..

    BalasPadam