Dah minum air halia hari ni ?

by - Rabu, Julai 13, 2022

Alhamdulillah...  dah lebih seminggu aku dijangkiti virus Covid 19. Anak anak dan isteri, tidak dijangkiti. Nasib aku senantiasa memakai face mask dan begitu juga anak anak bila terasa kurang sihat. Sedikit batuk dan selsema pun kami akan pakai face mask sehingga sembuh. Mungkin ada yang nampak pelik tapi ianya mampu melindungi diri sendiri dan orang tersayang. 

Sebelum aku dijangkiti virus C19, anak anak ada yang terasa nak demam. Suhu 37+ dan sesekali 38. Aku cepat cepat berikan air campuran serbuk halia dan madu pada mereka. Sebelum tidur, baru makan ubat demam. Baik demam, mereka mula batuk skit skit. Aku teruskan beri air halia tapi dicampur dengan lemon. Pagi, petang dan malam. Alhamdulillah.. batuk dan selsema ok. Sesekali je batuk tapi lebih pada batuk gatal. Dah swab test mereka dan negatif.

Selepas tu baru giliran aku. Terus swab test dan positif. Sepanjang aku kuarantin , halia , cengkih, kayu manis , madu jadi peneman. Sesekali aku telan panadol dan ubat batuk untuk pastikan aku dapat rehat. Kalau tak, aku sibuk nak layan workout atau nak tengok movie ! Huhuh.. Sebaiknya kena banyakkan berehat dan sesekali bersenam. 

Abis tempoh kuarantin , aku teruskan amalan aku. Dan dalam pada masa yang sama , aku amik makanan tambahan berasaskan cendawan susu kambing. Bagus untuk pemulihan paru paru. Batuk berkahak di awal pagi. Di sepanjang hari , sesekali je batuk berkahak. Terus bancuh air halia dan minum. Melegakan ! Memang aku elakkan ubat batuk selagi boleh. 

Dan bagusnya halia ni yang ramai macam tak amik kisah ialah membetulkan sistem pencernaan. Bila sistem pencernaan tu bagus, maka ubat yang kita makan tu akan lebih berkesan. Yelah kan.. tak tersumbat. Dan proses berjalan dengan baik. InshaAllah.. 

Tu pun ramai yang masih tak percaya. Huhuh.. Nak kata apa ? Halia ni dari dalam tanah. Segala khasiat yang terkandung dalam tanah tu, diserapnya. Kita manfaatkan ! 








 

You May Also Like

0 comments