Pakailah pelitup muka dan cucilah tangan !

by - Jumaat, Julai 15, 2022

Alhamdulillah.. Dah lebih 2 minggu dari hari aku kena Covid 19. Keluaga aku , semua sihat sejahtera. Malah keluarga ipar pun gitu gak. Aku ke rumah mak aku ketika raya Aidiladha baru ni pun , alhamdulillah tiada jangkitan.  

Ada yang tanya camana aku boleh kena padahal aku cukup punya jaga ? Heee.. Takdir. Tapi realitinya , aku tau di mana silap aku. Baru baru ni aku menginap beberapa hari di sebuah hotel.  Hotel tu memang jaga SOP bagai tapi pengunjungnya.. Hurm.. Bayangkan ada sekumpulan makcik makcik masuk ke dalam lif dengan tak pakai face mask ! Aku je pakai masa tu. Nak je keluar tapi aku dah tersangkut belah dalam. Tawakal je la. Tapi aku tak rasa aku dijangkiti di situ. Aku rasa aku kena di gym hotel ! 

Kenapa gym hotel ? Satu... tiada spray sanitizer untuk bersihkan peralatan di situ. Tiada kain untuk lap walhal semua tu penting. Bayangkan setiap orang yang masuk akan pegang peralatan di situ ! Aku dengan peluh yang banyak masuk ke dalam mata ! Aduh.. aku dah boleh agak dah aku mesti kena kat situ sebab di situ satu satunya tempat anak anak aku tak ikut sama. Jika mereka ikut.. hurm.



Alhamdulillah.. beberapa hari bersama mereka , aku pakai face mask setelah terasa ada simptom gatal tekak. Aku juga arahkan anak anak pakai face mask ketika dalam bilik. Kebetulan mereka ketika tu ada yang selsema dan batuk batuk manj9a. Diberi ubat, ok dah. 

Dalam perjalanan pulang , aku pakai face mask dan kereta dibersihkan. Anak anak , senantiasa aku arahkan bersihkan tangan sebelum masuk rumah. Terus mandi ! Ketika aku disahkan ada Covid 19,  aku berada di atas bilik dan memakai face mask juga. Walaupun aku keseorangan dalam bilik. Sesekali je buka. 

Ternyata... cara yang dipraktikkan tu berjaya mengurangkan risiko ahli keluarga lain dari dijangkiti virus. Sayangnya, ramai pandang remeh bab ni ! Jangan kita lupa.. musuh yang tak kelihatan sekarang bukan saja virus Covid 19 tapi juga Influenza ! Semua mudah berjangkit dan kesannya.. 




You May Also Like

0 comments