You nak kena saman atau you pergi tegur orang yang hisap rokok tu !

by - Khamis, Oktober 20, 2022


Tu je aku cakap kat dia. Nak cakap terus pada orang yang merokok tu , aku malas dah. Kita sedia maklum , spesis ni bukanlah terdiri dari mereka yang tak bijak atau golongan terencat akal tapi majoritinya boleh membaca dengan baik, menonton television dengan sempurna dan juga bekerjaya. Yang tak kerja pun ramai tapi harta melimpah ruah.. sebab tu mereka merokok. 

Di restoran mamak pagi ni.. rasanya tiap kali ada pengunjung duduk di luar , mesti akan menyalakan rokok dan juga hisap vape. Yer, apa saja yang berasap tidak mendatangkan faedah pada alam sekitar , keluar dari mulut hidung manusia wajar disaman ! Yang datang kedai makan ni biasanya berkeluarga. Takkan nak halang kot ? Walaupun yang merokok tu penghuni tetap restoran atau kedai makan tu tapi adalah tidak patut sama sekali mereka merokok di situ. Apa faedah untuk orang sekeliling ???? Untuk diri sendiri pun dah takda faedah. Dah kira ketagihan pun ! 

Nak merokok.. gi jauh jauh ! 

Aku tak halang korang nak merokok tapi gi la jauh dari orang ramai. Tak perlu nak tunjuk keras kepala atau ego. Berdosa hukumnya. Korang menyebarkan racun pada orang lain terutama kanak kanak. Tak rasa bersalah ke ??? 

Pasni aku nampak, aku amik gambar dan terus buat report ! 







 



You May Also Like

0 comments