Zahra tak reti membaca !

by - Isnin, Oktober 31, 2022

 Teringat lagi isu menyelubungi aku dan wife sebelum pandemik. Zahra hanya sempat ke tadika setahun saja pastu terus 'menginap' di rumah dek kerana Covid 19. Dia ada masalah masa tu. Tak kenal kiri kanan dan juga huruf. Ajar banyak kali dah tapi memang payah nak melekat. Pakai kasut pun asyik terbalik jer. 

Solusi ? Masukkan dia ke kelas phoenic. Belajar membaca melalui membunyikan dan melagukan suku kata. Cenggitulah lebih kurang. Dari situ dia cepat belajar. Memang itu sebenarnya masalah dia. Bukan lembab tapi cara nak mengajar dia tu agak berbeza sedikit berbanding Qhaliff dan Aariz. Aariz lak, 5 tahun dah kenal huruf dan boleh membaca. Ajar masa PKP. 

Tapi selepas dia dah boleh membaca, dia dah boleh 'uruskan' diri dia sendiri. Dia belajar melukis sendiri melalui Youtube , belajar kraf sendiri dan bab mengira pun dia cepat tangkap. Alhamdulillah, ke sekolah pun dia takda masalah. Ternyata PKP ni banyak memberikan impak pada mereka. 

Tak lama lagi , dia bakal masuk ke Tahun 3, Qhaliff  pula di Tahun 5. Aariz ? Tahun 1. Bab pembelajaran , sesungguhnya aku dah sediakan untuk mereka masuk ke kelas tambahan secara online. Kalau nak antar bersemuka, rasanya payah sedikit. Lebih senang secara online jer. 



Alhamdulillah.. aku dah cuba pada Qhaliff dan ternyata memberi impak positif. Bermula di Tahun 3 sekarang dah masuk Tahun 4 , banyak dia perubahan pada dia. Memberi ilmu pada anak anak kita , adalah kewajiban ibu ayah. Jika berkemampuan , apa salahnya kan ? 

Qhaliff bermula dengan Flyhigh dan sekarang , dia join Rely. Harga pun berpatutan. Kelas dia pun di ajar oleh guru guru yang cukup berpengalaman. Tak faham , boleh tanya terus ! Tak perlu nak malu malu. Mak ayah boleh pantau dan menariknya , jika terlepas kelas, boleh tonton rakaman dan nota boleh didownload jer. Senang ! 

Oh ya.. info pasal ReLY ni korang boleh tengok sendiri di www.relyedu.com









You May Also Like

0 comments