Shampoo Azyma Care bagus untuk rambut berkelemumur dan penjagaan kulit kepala !

by - Khamis, Oktober 06, 2022

Alhamdulillah , bermula dari gel mandian kemudian pencuci muka sekarang , aku jatuh cinta dengan Shampoo Azyma Care ! Ketiga tiga ni , bukan aku saja yang suka guna tapi ahli keluarga aku termasuklah mak aku sendiri ! Mereka memang pengguna setia produk Azyma Care ni. Anak anak aku sendiri dah terikat dengan Azyma Care ni. 

Aku bawa shampoo ni ke Terengganu baru baru ni. Aku bawa sebab aku pakai topi bila travel. Rambut aku akan berbau. Wife aku pula , komplen rambut dia banyak gugur kebelakangan ni. Sian lak aku dengar. Eh , aku sendiri pun ada masalah dengan rambut. Hahaha.. Faktor umur ? Tak gak. Ada je yang makin berumur makin lebat rambut. Apakah masalah ??? Tak jaga kulit kepala la dan juga faktor pengambilan makanan. 

Sebelum ni aku gunakan Head & Shoulder sebab aku ada masalah dengan gatal kulit kepala dan kelemumur. Tapi masalah aku ialah, jika kena mata.. memang akan pedih oiii ! Aku nak guna satu shampoo, satu keluarga boleh guna termasuk anak anak ketika travel terutamanya tapi tak nak pedih mata. Kalau diorang ni terkena pedih sekali, sampai bila bila diorang akan ingat. Letih nak pujuk balik untuk guna. Hahaha.. Nak beli lain , kan dah membazir. Huhuh.. sorang satu shampoo ! Adeh.

Alhamdulillah... setelah seminggu guna , ternyata shampoo ni sangat berkesan untuk aku. Aku pakai setiap malam sebelum tidur. Terasa nyaman dan selesa. Lembut dah pasti dan yang penting , orang sebelah tak komplen dah ! Sebelum ni banyak komplen. Aku lak , risau nak guna selalu shampoo rambut ni. Orang kata , kalau kerap guna.. rambut akan cepat beruban ! Gulp... Tapi Azyma Care ni lain skit.. Mereka pentingkan kandungannya. Banyak gunakan bahan natural. InshaAllah. 




 Info lanjut : www.azymacare.com 

You May Also Like

0 comments