Pencuci muka Azyma Care , untuk atasi masalah kulit muka berminyak aku !

by - Ahad, Ogos 01, 2021

Bagi yang dah kenal ikuti rapat aku melalui media sosial dan juga blog , pasti tahu dulu aku guna pencuci muka jenama apa , kan ? Sememangnya sesuai dengan aku sehingga bertahun tahun aku setia dengannya. Bukanlah aku tak cuba yang lain tapi bila guna yang lain.. muka aku naik berjerawat dan kembali berminyak ! Apakah sebab tak sesuai ? Aku bukanlah pakar kulit muka untuk menentukannya. Hee.. tapi yang aku tahu, aku tak nak nampak muka aku berminyak ! 

Dan baru baru ni, aku terima produk pencuci muka dari Azyma Care. Korang pun tahu aku memang guna gel mandian Azyma Care dua tahun kebelakangan ni. Memang terbaik la untuk aku sekeluarga. Dan berharap sangat Azyma Care keluarkan pencuci muka berasaskan Clay ni ! 

Bahan Bahan Yang Digunakan.

Impian aku tercapai gak. Mereka keluarkan produk pencuci muka berasaskan Clay atau tanah liat. CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL keluaran terbaru  Azyma Care ini ditambah lagi dengan ekstrak BOTANIKAL seperti Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile yang 100 peratus diluluskan oleh pakar kulit.

Bukan tu saja, pencuci muka Azyma Care ini ditambah lagi dengan bahan aktif semulajadi yang memberikan kebaikan pada kulit wajah iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis Kelebihan Royal Jelly ialah susu yang mana hasilkan oleh para koleni lebah madu sebagai makanan untuk ratu lebah ini kaya dengan nutrisi untuk menyokong tumbesaran & kesihatan ratu lebah. 

Di dalam penggunaan bahan tambahan kosmetik, Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral. Untuk pengetahuan korang juga, Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit

Manakala Propolis pula ialah bahan yg digunakan oleh lebah utk mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan  pada sarang lebah. Ia mempunyai fungsi anti-bakteria utk melindung jangkitan. Di dalam kosmetik, propolis dapat melembab dan melembutkan kulit. Ia juga mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-oksida untuk melindungi kulit.

Pendapat aku

Tiga hari dah  aku guna setiap kali mandi. Dan ternyata aku berpuashati. Cuma tapi kali guna tu, kena bilas betul betul muka tu. Sejujurnya aku risau gak tapi disebabkan aku pernah guna gel mandian Azyma Care dan gunakan ke muka, maka aku yakin ianya dapat membantu menyihatkan kulit muka aku. InshaAllah.



Kesan selepas 3 hari guna. Muka ketika gi brisk walk pun nampak kurang berminyak. 



Jangan risau ! Produk ini juga telah mendapat Sijil HALAL , Dermatologist Tested  dan Hypoallergenic  .Produk ini :

  • TIADA PARABENS
  • TIADA SLES  
  • TIADA SLS 
Untuk pertanyaan lanjut atau berminat nak beli, boleh ke www.azymacare.com terus. Tak yah segan segan. ! Disyorkan sangat bagi korang yanga ada masalah kulit muka. Harga memang ok buat masa ni ! 

You May Also Like

6 comments

  1. Menarik lah pencuci muka Azyma ni. Boleh lah nak cuba nanti.

    BalasPadam
  2. Produk yang mengandungi clay bagus sangat untuk membersih. Selalu duk pakai mask dengan shower gel yang ada clay. Nanti nak cuba juga pencuci muka Azyma.

    BalasPadam
  3. Dah cuba guna ni jugak. Ya serius best!

    BalasPadam
  4. Dah try sabun mandi.. Pencuci muka ni mcm menarik...

    BalasPadam
  5. Sejak WFH panas lak ni muka break out teruk ..maybe leh try ni..nak suggest juga la kt member yg dh try cam2 tp xberhasil

    BalasPadam