Belikan kolam mandi untuk anak anak ?

by - Jumaat, Ogos 27, 2021

Malam tadi, bermula dengan si abang pakai baju mandi untuk tidur malam. Katanya rindu nak mandi kolam. Pastu Zahra dan diikuti oleh Aariz. Huhu.. Kesian aku tengok mereka. Si Aariz , merindui sangat nak tidur kat hotel. Sian gak aku tengok dia. Dia paling tak puas merasa bab bab hotel ni berbanding Qhaliff dan Zahra. InshaAllah nanti dah selesai aku bawa dia ke hotel paling best di Malaysia. Huhuh... Kalau ada rezeki lebih la. 

Tiap petang , memang diorang akan main air depan rumah. Bukanlah setiap petang.. selang hari gitu la. Kalau tiap petang, menangis bil air nanti. Diorang cuma mandi dalam besen yang aku beli khas ketika Qhaliff lahir dulu. Hehee.. Nak mandikan baby. 

Belikan kolam mandi ? Dah beberapa kali aku belikan untuk diorang. Macam macam size. Tapi kejap je pakai sebab bocor. Tu yang letih tu. Huhuh.. Nasib baik harga murah. Ada gak beli yang size besar dan tahan lasak. Cuma bila tengok jumlah air yang digunakan tu aku telan air liur. Lepas guna, camana ? Takkan nak buang ? Kalau simpan untuk esok, aku risau lak ada serangga jatuh dalam tu atau nyamuk bikin sarang lak. Haaa..

Dan sekarang ni pulak situasi pandemik.. aduh ! Diorang ni kalau mandi kolam lama skit , akan selsema atau demam. Tu yang aku tak nak berlaku. Sebab tulah aku lebih suka diorang guna besen tu je. Pandai pandai la bertolak ansur nak mandi dalam tu. Beralah ! Haaa... kalau bergaduh , aku simpan. Mana diorang nak ? Dalam erti kata lain.. secara tidak langsung , aku didik diorang untuk bertolak ansur dan hargai apa yang ada je depan mata. 

Satu lagi.. risau si Qhaliff tu lupa daratan. Dia suka terjun terjun ni. Bila aku ada, dia tak buat.. Bila aku leka jer.. haaaa ! Buat masa ni semua dilarang CEDERA !




Hurm... tengok la camana nanti. Kalau diorang dah teringin sangat , mungkin aku akan isi air sekali lagi. Sebulan sekali ok la kot ? Kalau tiap tiap hari.. naya Pak Abu haaa..Kesian lak tengok pembaziran air tu nanti. Huhuh.. 

Ada banyak size dan pilihan. Harga pon ok ok la. Paling murah pun dalam RM30+. Asalkan boleh nak menyelam dan dapat buat terjunan emas Pandalela , best dah ! Hahahaha.. Adeh.. aku risau aku lak yang terlebih menyelam nanti ! Maklumlah, lama dah tak gi scuba. Ececece... 



You May Also Like

0 comments