Dah boleh dine in , berkelah dan bersukan di negeri Fasa 1 PPN tapi..

by - Jumaat, Ogos 20, 2021




Alhamdulillah ! Tapi kebebasan ni bukanlah bermakna kita dah berjaya tewaskan Covid 19 yer ! Tujuan 'kebebasan' ini diberikan adalah untuk membantu menghidupkan semula ekonomi rakyat. Ramai yang dah gulung tikar ! Tak kira kecik mahupun besar... 

Sepanjang PKP ni , harap ramai la yang dah mengerti bagaimana nak jaga keselamatan diri. Jaga SOP ! Jika cuai sedikit, bukan diri sendiri jadi mangsa. Keluarga dan rakan rakan berhampiran anda turut jadi mangsa. 

Aku.. tiada cadangan lagi untuk dine in. Tapi jika untuk berkelah tu ada la. Cuma buat masa ni, aku lebih bawa anak anak gi berkelah jer. Cuma masalahnya ialah... jika ke tempat awam, pastinya tandas jadi masalah utama ! Apakah aku bersedia nak anak anak berkongsi tandas awam ? Gulp.. Aku belum ada keyakinan part ni ! 

Ketika ni.. kes TELUR !

Mungkin aku bawa anak anak jalan jalan dalam kereta je la. Tengok dunia skit. Hehehe.. Sian diorang. Lama tak tengok dunia luar. Nasib baik tak memberontak sangat. Ke Bagan Lalang , dekat sikit.. Leh tengok laut dan hirup bayu laut gitu.. Huhuh.. 

Dan korang yang nak menikmati kebebasan tu, hati hati la yer. Jangan leka dan cuai walaupun dah dua dos vaksin atau pun dok bedal habbatus sauda hari hari !  Aku tak sanggup nak baca status status sedih setiap hari. Nikmati dengan cara yang selamat ! InshaAllah. 

 

You May Also Like

0 comments