Susah nak dapat tidur yang lena ? Cuba cara ini..

by - Ogos 20, 2021


Semakin jadi tabiat aku sebelum tidur malam , aku akan pasangkan bakhoor dulu. Aku akan letak dalam bilik tidur dan juga ruang tamu. Anak anak cukup suka baunya. Aariz terutamanya. Siap kasi 'thumb up' kat aku haaa... 

" Wanginyaaa.." kata dia. Pastu mula menguap. Layu mata masing masing.  Cukup masa, tidur. Takda nak gaduh gaduh bagai. Hahahah.. Senang kerja aku di malam hari. 

Aku lak... nak bangun pagi pun mudah. Dah selesai solat subuh, terasa nak sambung sedikit je tidur. Dua hari ni kan hujan. Nak berlari pun tak boleh. Hehehe.. Sambung la skit tidur. Kang dah jaga , banyak kerja nak buat. Bukan selalu pun nak sambung tidur. Kalau tak hujan, aku dah berlari kat luar. Ni hujan , lari dalam rumah je la..

Lena tidur ! Mimpi pun aku tak ingat mimpi apa ha. Nasib baik ada jam fitness ni. Murah je beli kat Lazada tapi banyak manfaatnya. Boleh rekod pukul berapa kita tidur.. pukul berapa terjaga dan aktiviti , pembakaran kalori, denyutan nadi dan pelbagai lagi.

Dua hari aku berbakhoor. Wife pun mintak aku pasangkan dalam bilik. Biasanya dia tak suka bau bau asap ni. Sesak nafas tapi tidak sama sekali dengan bakhoor ni. Dan mudah sangat untuk digunakan. Paling penting, selamat ! 

Kalau dapat pasang sebelum masuk waktu Maghrib pun lagi bagus. Menghadirkan kedamaian ketika solat. Tenang dan relaks. Pastu boleh mengaji terus sementara menanti Isya'.. Selesai kewajiban kita, boleh la tonton tv dengan anak anak sebentar sebelum tidur. Cenggitu.. 



Banyak kelebihan bila berbakhoor ni. Ada orang tak tahan bau dia. Katanya kuat sangat dan perit hidung. Tapi tidak sama sekali yang bakhoor dari Mabkhara ni. Ada pelbagai pilihan bauan tapi semua mendamaikan. Kerasnya pun sekejap je pastu terus harum. Kalau sedang stress , tegang atau pun keletihan.. nanti akan rasa perubahannya ! Haaa... Macam aku sendiri la. Kalau dok stress tengok kenaikan kes Covid 19 harian , aku pasang bakhoor. Aku nak tidur malam aku tak diganggu dengan angka angka tu ! Terbawak bawak dalam mimpi. Bila pasang... nahhh , lena sekali tidur aku ! 


 Apa itu Bakhoor ? Adakah Bakhoor selamat digunakan ? Apakah asap bakhoor jadi makanan jin ? Dan pelbagai soalan korang akan dapat jawapannya di bawah ini. 







Beberapa orang kenalan aku beli. Dan mereka cukup berpuashati sama sekali. Malah ada yang kata terubat sedikit kerinduan pada bauan di masjid atau di Mekah. Bagi yang pernah menunaikan umrah dan haji pasti tau la kan ? Huhuh.. Bauan saja dah cukup mengimbas memori. 

Ok.. aku malas nak cerita panjang. Tapi kalau korang yang ada masalah dalaman tu , boleh la try. Maksud aku yang mana jenis mudah nak give up , stress , lemah semangat tu... cubalah ! Mana la tau membuahkan hasil atas cadangan aku ni. 

Kalau nak tau dengan lebih lanjut , whatsapp terus je ke Kak Sarina ni. Nanti dia bantu selesaikan pertanyaan korang. InshaAllah. 

Whatsapp : 0192345978
Instagram : Mabkhara.Selangor



 

 

You May Also Like

4 comments

  1. Wah! Baru tahu pasal bakhoor ni aben. Gigih baca seketul² sebab info sgt menarik. Nak cuba jugalah nanti

    BalasPadam
  2. Ada juga kawan-kawan guna bakhoor ni. Macam menarik je. Boleh try nt

    BalasPadam
  3. Menarik. Tengok ramai juga kan guna cara ni

    BalasPadam