Berkesankah guna Nano Disinfection Spray Gun untuk hapuskan Covid 19 ?

by - Rabu, Ogos 11, 2021




Aku beli baru baru ni kat Lazada. Cepat sampai ! Bagus seller dia. Bertanggungjawab. Tapi sebelum tu, aku mencari keberkesanan penggunaan ni memandangkan ramai dah guna. Dengan kenaikan kes positif di kiri kanan aku ni.. aku rasa tunggu masa nak beli armour Iron Man jer lagi ! Grrr.. Tapi takda la pulak. Hurm... 

Aku beli nano spray gun ni bukanlah nak sanitizer rumah hari hari pun. Tapi cam best lak tengok dia spray tu. Heee.. Lagi pun aku banyak je beli barang barang dari Lazada. Takut nak gi kedai buat masa ni. Mana yang tak penting sangat , aku beli melalui online jer. 

Bila dah dapat.. aku try.. Hurm... cecair yang diletakkan dalam tu pun tak de la bau sangat. Maka tertanya tanya la jugak akan keberkesanannya! Bukan aku nak kata tak bagus cuma risau tak beri pelindungan yang diharapkan. Paling tidak pun , kalau guna sabun.. memang digalakkan sama sekali untuk membersihkan barangan. Sebaik baiknya, kita perlu berhati hati dan berwaspada 200% ! Guna menda tu dan sabun sekali. Alang alang dah was was kan. Banyak kes woooi ! 

Tapi tak pe la.. aku kasi kat wife guna juga. Boleh dia bawak gi pejabat. Sebelum mulakan kerja di dalam bilik dia, dia kasi sanitize dulu... dan pada masa yang sama, sabun tu memang wajib guna tiap kali keluar masuk dari bilik. Face mask lak ? Memang aku tak dibenarkan dia tanggal buat masa ni bila di pejabat walaupun seorang diri. Dia kena 'puasa' di pejabat. Balik rumah baru boleh makan. TERPAKSA !

Antara infomasi yang aku jumpa hasil Google.. 

Untuk pengetahuan anda, Nano Mist Spray bukanlah alat penyembut khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus. Tiada kajian yang menujukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Oleh itu, anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer. selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Mematuhi SOPs yang ditetapkan oleh kerajaan
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.

Diharap infiomasi ini dapat membantu anda. Terima kasih. " - DoctorOnCall


Sabun lak.. ada beberapa jenis sabun yang sesuai dengan aku. Kalau tak sesuai, memang jadi kering kulit aku. Tambah lagi nak gunakan dengan kerap ! Maka aku guna je Gel Mandian Azyma. Dah bertahun guna.. sangat berkesan ! 

 Apa pun.. terpulang pada diri sendiri. Yang penting, pastikan diri dan barangan yang nak dibawa masuk tu  benar benar bersih sebelum masuk ke rumah yer ! Ingat.. sedikti kecuaian... hurm.. 

You May Also Like

5 comments

  1. Aku beli lama dah, airnya aku beli kat farmasi Ben 5L, minta yang betul basmi kuman.. aku pray uma dan kereta gak time Laki dan anak keluar masuk.. ni dah beli pulak yang beso asap macam orang Coway servis tu.. lantak le orang kata paranoid, janji aku usaha mencegah...

    BalasPadam
  2. Duk usha juga ni...nanti kita beli.

    BalasPadam
  3. Nampak cam best je tapi sabun jugak yg confident.

    BalasPadam
  4. Marsha pun dok usha dekat shopee. Suami balik kerja boleh sanitize siap2

    BalasPadam
  5. dia asalkan ade bahan yg bunuh kuman tu ok la..disamping tu cuci tangan mmg perlu..yg penting kita dah usaha dah

    BalasPadam