Malaysia patut ada macam UPFEST - The Urban Paint Fest ni !

by - Rabu, Ogos 25, 2021

Kagum aku tengok Instagram UPFEST ni. Seni lukisan dihasilkan di dinding dinding terbiar dengan keizinan yer.. bukan buat curi curi gitu ! Dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang berbakat dalam bidang seni ini. Memang berbaloi ! 

Di negara kita pun ada dah bandar bandar kecil yang buat macam ni seperti di Seremban , Ipoh , Pulau Pinang dan sebagainya. Tapi tak menyeluruh. Bayangkan jika kerajaan buat projek dengan persatuan seni seni yang ada di Malaysia.. Manfatkan bangunan bangunan lama yang ada. Kasi cantik dan menarik ! Pergh.. Jangan kata pelancong luar negara pun kagum.. yang dalam negara pun sibuk nak bergambar punya ! 

Sementara semua belum bebas keluar.. kan ? Manfaatkan apa yang ada. Ditambah lagi dengan kerajaan baru ni... takkan nak suruh golongan muda dan kreatif ni sekadar untuk mengundi je kan.. kan ? Haaa.. time begini la nak ngorat. Tuuu.. Kementerian Belia dan Sukan tuuuu.. apa lagi ! 








Seingat aku masa kecil kecil dulu.. ada pertandingan menghias Flat gitu.. Nah, buatlah pertandingan begini. Nampak cantik di mata.. Dan secara tidak langsung, kita pun dapat redakan kegusaran hati. Yelah, paham paham je la apa yang telah melanda dalam negara kita ni. 

Harapnya , kerajaan baru ni lebih peka dan bijak la yer. Idea idea anak muda ni banyak jer tapi orang orang tua cam yang dok pimpin negara ni, jarang nak dengar sangat. Diorang aja yang betul. Tapi bila nak suruh mengundi, pandai lak cari yang muda muda ! 

Ops.. sori.. aku kasi idea jer.. Tu pun kawan aku di Jepun yang post menda ni. Maka apa salahnya kita guna pakai.. kan kan ? Dan kalau kasi projek tu nanti.. jangan lak kasi pada JERUNG. Tinggal tulang je untuk buat projek. Paham kan ? 











TERBAIK ! 

 

You May Also Like

0 comments