Kopi Pak Long dan Madu Lebah Kelulut Ulu Legong segar dari ladang !

by - Ahad, Ogos 29, 2021

Sebelum aku keluar gi brisk walk, aku pesan  pada wife untuk order makan pagi. Dan makan di luar depan rumah. Budak budak boleh mandi kolam gak. Asyik mandi petang petang je kan ? Kita tukar mood lak. Nak rentas daerah mandi sungai tu, boleh je tapi kita jangan jadi contoh tak baik untuk rakan rakan kita. Dah kerajaan kata jangan rentas daerah untuk kebaikan bersama.. kita ikut jer. Bukan pak turut tapi kita buat demi kebaikan. Apatah lagi bila melibatkan nyawa ni.. jangan main main la..

Selesai brisk walk.. sampai rumah, Wife kata dia masak je la. Senang. Aku ok je la. Mana mana je yang mudah dan budak budak makan. 


Aku ke dapur. Minum secawan air suam. Pastu amik roti sekeping dan makan. Pastu amik madu kelulut Ulu Legong. Aku suka madu kelulut Ulu Legong ni sebab terasa sangat segar. Aku pernah rasa madu kelulut ni terus dari sarangnya ketika buat lawatan ke Ladang Kelulut Desa Lestari, Baling satu tika dulu. Memang melekat terus ke dalam hati ! Hahaha.. 

Banyak manfaat madu kelulut ni. Terutamanya ketika musim Covid 19 ni. Haaa... aku malas nak cakap lelebih. Kang ada cakap aku over claim. Aku tak jual pun. Tapi baru baru ni ada ada artikal mengenai manfaatnya madu kelulut yang mana mampu membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan kita, aku kembali rajin amalkannya. Haahahaha.. Kalau tak , seminggu sekali dua je aku bedal. Tu pun kalau teringat. 




Selesai urusan dengan madu , aku bancuh MMX Whey Protein. Tujuan aku ialah untuk pastikan aku makan tak banyak la kejap lagi. Maklumlah, lapar lepas bersenam. Apa apa kasi masuk dulu protein. Hehehee.. Recovery gitu..

Pastu setting tempat makan di halaman rumah. Aku isi air dalam besen. Anak anak nak mandi sambil makan. Huhuh.. Ok la kan ? Sabtu Ahad je gini. Hari lain , ada PdPR. Kasi diorang rileks rileks. Tak nak stress hari hari. Diorang pun reti tau bab stress ni. Si Zahra tu pun ada cakap dah boring macam ni. Bila Covid nak abis ??? Sian dia.. 



Ketika di dapur, aku ternampak wife bancuh kopi. Eh , lamanya tak nampak kopi Pak Long ni. Dia simpan. Katanya sayang nak guna. Heheeee.. Kopi Pak Long ni istimewa yer. Gabungan kopi dengan madu kelulut. Buatan tempatan. Orang kampung di Baling yang buat. Kalau kena cara buat, memang tak bangun dari kerusi laa jawabnya ! 

Siap hidang. Budak budak makan skit. Pastu mandi lebih ! Tak kisah la mandi dalam besen sekali pun.. yang penting mereka ketawa gembira. Kan kan ? Sementara mereka masih kecil dan tak banyak nak demand itu ini. Terima seadanya. Nanti dah besar skit..  nak duduk luar pun mungkin dah segan. huhu..

Sempurna pagi aku ni. Tak perlu nak berada di hotel mewah atau sebelah kolam renang. Cukup ada isteri di sebelah , anak anak di hadapan dan sarapan pagi air tangan isteri tercinta..gitew ! 



Kalau korang berminat nak order madu kelulut atau kopi Pak Long ni, boleh terus whatsapp beliau yer. Aku takda share atau amik untung pun. Lebih pada nak promote barang baek jer ! Haaa ! Bak kata orang bijak la.. barang baek jangan makan sorang sorang ! Kasi share ramai ramai. Kan kan ? Hahahaha..  

Mohd Akhir Ismail aka Pak Long0195088258  





You May Also Like

3 comments

  1. Madu kelulut tu macam menarik...

    BalasPadam
  2. Hantu kopi dah masuk ni. Kena tapis ke tu? Atau bancuh terus cair ni.

    BalasPadam
  3. Menarik dan layak untuk dicoba. Terima kasih.

    BalasPadam