Susahnya nak turunkan berat badan, kan ?

by - Ogos 10, 2021


Gambar atas : Tahun 2020 manakala yang bawah, baru tadi amik ! 



Apa ??? Turunkan berat badan ? Penting ke sangat nak turunkan berat badan tu ?  Dan jawapan kerap kita dengar ialah...

" Alaa... sekarang ni pandemik ! Sapa nak tengok berat badan kita pun. Kan kan ? Lagi pun... nak slim slim, kita dah kawin pun ! Asalkan pasangan kita gembira.. kan kan ?  Dia bukan kisah pun kita berisi ke tidak. Janji cukup makan. "




Betul. Semua alasan tu betul ! Tapi sedar ke tidak, mendapatkan berat ideal ini penting ? Bukan untuk kelihatan anggun dan bergaya tapi untuk kesihatan. Cuba fokus untuk kesihatan ! Tau kan kita sekarang ni digalakkan memeriksa kadar oksigen dalam darah kita setiap hari ?? Ingat.. berat badan kita juga mempengaruhinya juga yer. 

Bila kita kena jaga berat badan.. kita wajib bersenam dan juga jaga pemakanan. Secara automatik, badan akan dapat manfaat. Banyak sangat manfaatnya ! Terutama dalam keadaan sekarang. Bukan la nak kata mereka yang sihat tu takkan dijangkiti tapi sekurangnya badan kita punya antibodi yang kuat. Nak terangkan secara saintifik, aku tak layak lagi. Hahaha.. Rajin rajin la google yer. 

Aku.. walaupun dah bertahun tahun aku ulang alik ke gym , nak dapatkan berat badan ideal tu memang payah sangat ! Nak turunkan tekanan darah yang mana aku ni dulu ada Hypertension pun satu hal lagi.  Aku sendiri dah putus asa nak turunkan tekanan darah aku. Sampai dah nak mintak ubat doktor je untuk kawal tekanan darah. Tapi Alhamdulillah... dengan sokongan dari isteri dan cara kawalan diri yang betul, aku berjaya juga turunkan ke paras normal. Hanya perlu berterusan mengawal supaya tidak naik semula terutama dalam keadaan begini. 

Tekanan darah selepas bersenam


Makanan tambahan yang aku gunakan ? 



Penjagaan makanan amatlah penting. Wife yang memberi sokongan dan turut sama mengambil berat part pemakanan ni.  Setiap pagi , selepas bersenam selama sejam.. aku akan makan ringan dulu seperti telur rebus atau telur separuh masak. Kalau ada roti, makan roti sekeping dua. Pastu aku akan bancuh MMX Whey Protein. Letak satu scoop je dah memadai. Bukan nak sado ala ala Sazali Samad tu pun. Sekadar nak untuk pulihkan otot otot yang bekerja keras tadi tu ha.. Disamping tu, dapat juga kawal selera makan aku. Tak la lapar kebuluran sangat akibat bekerja keras workout tadi tu. 

Tengahari baru makan berat sedikit. Nasi, ayam, sayur.. gitulah. Kemudian aku minum Amino Shredd ! Haa.. ni bagus ni. Banyak manfaat dia.  Kelebihan MMX Amino Shred ialah satu satunya gabungan pembakar lemak tidak meransang dengan asid amino yang sesuai untuk mereka yang inginkan badan yang lean. Amat sesuai digunakan selepas latihan bagi mengoptimumkan pemulihan otot juga. 

Kandungan BCAA di dalam MMX Amino Shred ini mampu meningkatkan metabolisma seterusnya membakar lemak secara semulajadi. Kandungan 2 dalam 1 ini menjimatkan. Tak perlu nak beli berasingan dah. Sesuai untuk lelaki dan perempuan yang nak turunkan berat badan. 

Manakala kelebihan L-Carnitine ni memang banyak ! Sebelum ni aku ingat dia cuma membantu untuk pembakaran lemak tapi rupanya tidak ! Lebih dari itu fungsinya. 

Rujukan untuk L-Carinitine : 

1 ) HealthyCatchup.com :  L-carnitine - bahaya! Adakah ini benar?
3 ) Hello Doktor : L- Karnitin

Tak susah pun nak minum. Satu scoop jer dan campurkan dengan air suam sebanyak 200ml-300ml. Kemudian shake guna shaker.  Ada satu perisa buat masa ni iaitu Epal hijau yang sedap !

Bersenam untuk pastikan mental dan fizikal sihat ! 

Bagi aku yang tinggal di Selangor yang masih Fasa 1.. tak boleh bersenam di luar , maka aku bersenam saja di dalam rumah. Nasib baik aku dah bersedia dari dulu lagi. Sediakan alatan sukan di rumah. Mana la tau bermanfaaat satu hari nanti... ternyata memang benar ramalan aku. Huhu.. 

Sejujurnya, Covid 19 ni memang memberikan tekanan mental pada aku, Stress ? Tipulah tidak ! Tapi aku kena kuatkan semangat ! Caranya.. aku perlu lawan rasa ini. Awal pagi lepas subuh, aku mula bersenam.. kemudian petang hari. Pastikan berlakunya pembakaran kalori yang betul. Terasa kembali bersemangat dan teruskan perjuangan untuk hidup sihat ! 

Ditambah lagi bila tengok geng geng kat taman perumahan aku rajin berjogging, makin bersemangat la gitu ! Hahahaha.. 

Korang boleh dapatkan MMX Amino Shred ni dan juga MMX Whey Protein di web rasmi Nutrion Pro. Juga boleh dibeli melalui Shopee dan Lazada. Boleh juga terus ke outlet Nutrition Pro yang berhampiran anda. Rujuk Senarai Outlet Nutrion Pro.

You May Also Like

3 comments

  1. Dah mlas nak pikir turun berat, yang penting sihat dan bp pun okay, more push no tenssion :)

    BalasPadam
  2. Tq Sifu Ben, selalu bagi inspirasi.

    BalasPadam
  3. berat tulang ni, 1 80kg nampak gemuk.... x aci!

    BalasPadam