Lindungi diri untuk selamatkan anak-anak !

by - Ogos 16, 2021

Tiap kali aku ke kedai, pulang ke rumah mesti akan trauma ! Hahahaha.. Apakah aku jaga SOP tadi ? Apakah face mask aku tidak terbocor ? Atau paling tidak pun.. risau bila berbual dengan kenalan , aku dijangkiti secara tidak disedari ? Oh mai.. apakah aku sudah jadi Covid Phobia ? Gulp... 

Bukan apa... di kedai , aku nampak beberapa orang mesti akan langgar SOP! Bawa anak masuk kedai..pastu tak pakai face mask ! Allahuakhbar.. Tak sayangkan anak ke ? Aduh.. nak tegur pun rasanya payah. Kang jadi bergaduh lak. Aku malas dah nak gaduh gaduh ngan orang. Dia pun mesti sedia maklum akan risikonya. Aduh..


Yang meniaga makanan lak.. kekadang face masuk turun ke dagu. Pastu berbual bual ! Tepuk dahi.. aduh la. Serba salah lak dibuatnya kita. Memanglah sihat orangnya tapi kita ni tak tau apa yang ada di sekeliling kita. Sedikit kesilapan, kita jadi mangsa. Dan lebih memilukan, kita akan menyebarkan pada orang di rumah atau di pejabat ! Berapa ramai jadi mangsa pula ? 

Sejak 'perintah berkurung' dilaksanakan, aku memang tak bawa anak anak keluar. Setakat main depan rumah jer. Nak bawa pusing taman pun tak berani sangat. Ditambah lagi dengan kenaikan kes positif Covid 19 di kawasan sekitar , aku tak berani amik risiko. Tapi semalam, aku bawa anak anak berjalan jalan naik kereta. Dekat dekat je la. Seronok diorang.

Walaupun dalam kereta saja. aku tetap minta masing masing pakai face mask ! Biar diorang belajar dari sekarang.. keluar je rumah , pakai face mask. Dah jadi kewajiban !! Buat masa sekarang. Diorang pun suka je pakai face mask. Alhamdulillah, takda pula yang memberontak dan banyak tanya. Kalau tak pakai, lagi diorang tanya mengapa ! Hahahaa...


Jaga diri... jaga keselamatan anak anak kita ! 


You May Also Like

2 comments

  1. Bila kes makin meningkat, PC jadi risau bila masih ada anak-anak yang bermain-main diluar tanpa mask.

    BalasPadam
  2. btul tu..risau org bwh anak2 kluat g kdai..ank2 ida pun bg main dlm kwsan dekat rumah je tp tetap suruh pakai facemask

    BalasPadam