Mengandung lagi ? Wife ke Azalea Maternity Putrajaya !

by - Ahad, Ogos 29, 2021

Selesai solat subuh, wife mintak tolong aku picit bahagian pinggang dia. Katanya sakit. Tetiba je datang sakit tu. Tak tau dari mana punca. Aku pun picit je la. Pastu dia kata sakit kat bahagian perut lak. Rasa cam berangin tapi tak leh nak keluar. Aku pun buatkan air halia untuk dia bertujuan untuk keluarkan angin. 

Beberapa minit kemudian.. dia muntah. Bla bla bla... panjang ceritanya. Aku pendekkan cerita je la eh ? Aku mintak wife ke klinik untuk buat pemeriksaan sebab ada keluar darah macam period walhal period dia dah datang minggu sebelum tu. Dan aku syorkan dia untuk ke Azalea Maternity Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut sebab dia rasa sakit di bawah perut dia. Tapi sakit tu sehari dua je. Pastu takda dah. 

Kenapa Azalea Maternity Putrajaya jadi pilihan ? Pertama  sekali sebabnya ialah... ketika mengandungkan Aariz , 5 tahun lalu.. kami hanya buat check up di situ. Dan memang terbaik sekali perkhidmatan di situ. Dan menariknya, sekarang mereka dah ada hospital khas bagi mereka yang nak melahirkan anak di situ. Bersesuaian dengan keadaan pandemik sekarang, klinik ni selamat dan mesra kanak kanak. 

Sejujurnya, aku memang risau gak wife nak ke klinik. Yelah, risau kan ? Takut ramai orang kat situ. Faham faham je la kan ? Tapi aku yakin mereka dah cukup profesional. Tau bagaimana nak uruskan bab SOP ni. Maka yang datang tu nanti mestilah patuhi SOP. 

Dan baru baru ni.. wife ke sana. Seorang diri. Terpaksa. Aku tak boleh nak teman sebab lain daerah. Dia boleh la sebab dekat ngan pejabat dia. Dia pergi pun selepas selesai kerja. Risau ? Mestilah. Risau mengandung pun ada gak. Huhuh.. Tak bersedia lagi untuk baby baru. Hee... 

Over ke ? Safety first ! Kita jaga kita.. inshaAllah keliling kita turut terselamat.

Di Azalea, dia diperiksa oleh Dr. Azie. Memang Dr.Azie yang uruskan kes wife dari dulu. Dia pun tau akan masalah wife dari dulu. Wife cerita akan masalah dia pada Dr. Azie. Dia pun periksa. Katanya, bukan gugur. Nampak macam ada cyst yang pecah. Tapi tak merbahaya katanya. Nak kata mengandung, takda nampak lak. Kalau nak kepastian bab mengandung tu, kena tunggu lagi dua minggu. Tengok period datang ke tak. Er... gulp ! 

Alhamdulillah... Tak lama pun dalam klinik tu. Cepat je prosesnya. Rekod 5 tahun dulu pun ada dalam komputer. Memang terbaik ! Apa pun... memang kami lega la. 

Bagi ibu ibu yang sedang mengandung , risau nak ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan.. aku cadangkan buat kat sini. Cekap dan profesional ! Kot la risau nak tunggu lama kat KK tu kan ? Sekadar cadangan je bagi yang berkemampuan. Rasanya harga pun ok je kan ? 











You May Also Like

1 comments

  1. Rezeki nak datang kena terima tu..Insha Allah minta pada Allah beri ang terbaik..semoga wife Ben cepat sihat ya

    BalasPadam