Ubat-ubatan untuk rawat Covid 19.

by - Sabtu, Ogos 07, 2021

Alhamdulillah... Mak ayah mertua aku dah sembuh dah. Adik ipar pun gitu gak. Dan paling melegakan, isteri adik ipar yang sedang mengandung serta anak sulungnya, tidak dijangkiti. Rasanya dah seminggu mereka pulih. 

Mak dan ayah mertua aku, mereka dah ambil vaksin. Simptom ketika dijangkiti masa tu cumalah demam dan letih letih. Demam sehari dua jer. Tu jer. Kemudian mereka dibawa ke pusat kuarantin. Tapi adik ipar yang belum divaksin, beberapa hari kemudian.. tekanan oksigen menurun sedikit dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Alhamdulillah, beberapa hari kemudian dah ok dan boleh dibenarkan pulang. Dia tak disuntik lagi vaksin. Dan mereka semakin sembuh. Oh ya, untuk pengetahuan.. mereka ni meniaga di kedai runcit. Maka faham faham je la yer risikonya. Alhamdulillah.. Allah lindungi mereka. 

Tindakan awal amatlah penting yer. Jangan tunggu teruk baru nak buat tindakan. Bila ada je simptom, terus gi buat swab test. Kemudian laporkan pada KKM. Bagitau keadaan sebenar. Dan tunggu tindakan. Sementara tu , kita rawat diri kita sendiri. 

Haa.. part rawat ni ramai yang tak tau. Apakah ubat yang perlu ada di rumah sebagai langkah berjaga jaga.  Dari pembacaan aku di grup bekas pesakit Covid 19 ni, kata mereka paling utama ialah tingkatkan imunisasi ! Tak kira la kau ada vaksin atau tidak..tingkatkan ! Vaksin ni untuk turunkan kadarkan risiko gejala yer. Bukan confirm tak kena virus ! Kena fahamkan part tu. 

Ada beberapa jenis ubat yang aku nampak mereka syorkan. Bukan sorang dua yang syorkan. Tapi yang pasti bukan ubat cacing tu la. Ini ubatan herba. Keberkesanan , mereka kata ada la juga perubahan. Ok.. aku beli stok dan simpan. Syor pada rakan rakan terdekat. Mana la tau kan ? Takkan nak bedal panadol memanjang. Huhuh.. 

Satu lagi produk yang aku simpan juga dari herba. Disyorkan juga oleh mereka yang pernah dijangkiti virus Covid 19. Memberi kelegaan pada paru paru selepas memakannya. Aku beli dan simpan. Mintak dijauhkan dari kena jangkitan tapi aku perlu bersedia. 

Dan baru baru ni, ada kenalan di Facebook turut dijangkiti virus ini. Aku mesej dan bertanya keadaan dia. Dia bercerita pada aku apa yang dia buat. Apa yang dia amalkan selama dia dan anak anak positif. Hilang deria bau sekejap jer. Pastu ok dah. Alhamdulillah.. dengan izin Allah.  

Pastikan badan kekal cergas..sihat yer ! Jaga mental dan  part pemakanan tu penting yer. Elakkan makanan yang manis , masin dan berlemak ! Buat masa ni... kesihatan kita sangatlah mahal harganya. Jangan sampai ke hospital. Hospital buat masa ni adalah tempat paling patut dielakkan ! Huhuh.. 



Habbatus sauda , madu kelulut , buah buahan.. semua tu memang ada lama dah di rumah. Memang aku amik setiap hari je pun. Begitu juga dengan Vitamin C tambahan. Ni aku tak bedal hari hari.. Seminggu dua tiga kali je. Sebiji je.

Jangan lupa pantau tekanan oksigen setiap hari. Gunakan Pulse Oximeter. Beli je kat Lazada. Amik yang  berkualiti skit. Jangan beli yang murah murah. Takut kena tipu je nanti. Naya jer.. Begitu juga dengan tekanan darah. Kena rajin check juga yer.

Oh ya.. kalau korang anti vaksin jangan komen la kat blog aku ! Aku confirm terus delete komen korang. Boleh simpan je komen tu eh.. Tak perlu nak kata aku bodoh bagai atau akan mati dalam tempoh 2-5 tahun akan datang. Jangan jadi wakil Allah yang menentukan hidup mati orang lain lak yer.. 

Soal mati dan hidup ni.. ketentuan Allah. Aku buat mana yang aku rasa betul dan tidak memudaratkan. Lagi pun dari aku lahir aku dah disuntik vaksin.  Alhamdulillah... dengan izin Allah.. aku sihat. 

Ubat paling utama.. PATUHI SOP !!

You May Also Like

1 comments

  1. SOP tu masih ramai tak reti nak ikut. Tak tahu otak macam mana ntah.

    BalasPadam