Bagaimana nak jaga tekanan darah ?

by - Khamis, Ogos 26, 2021


Petang semalam , selepas bersenam aku periksa tekanan darah. Lama dah tak periksa. Dok sibuk periksan oksigen level je. Hehee.. Takut woo.. Dan bacaan tekanan darah aku naik sedikit. . Biasanya aku akan periksa pagi pagi. Dan pagi tadi, memang tinggi skit dari kebiasaanya. 

Termenung. Apasal boleh naik eh ? Untuk pengetahuan korang , tekanan darah aku ketika zaman keagungan dulu memang tinggi la. Dah level HYPERTENSION. Tapi berjaya dikawal melalui kaedah yang disyorkan iaitu, jaga pemakanan , bersenam dan paling utama.. jangan stress ! 

Kali terakhir naik, waktu raya Haji hari tu. Pastu aku berjaya turunkan ke paras normal. Punca ? Tak jaga makan. Huhuh.. Salah makan je , memang akan naik la. Makanan yang banyak garam akan naik punya ! Bukan punca garam tu tau.. tapi cara masakan tu ! Kata mereka yang berilmu , garam tu jangan dicampurkan ketika masak tapi selepas masak tu.. baru masukkan garam ! Gitulah caranya. Betul atau tidak eh ? Sat aku google cari jawapan... 

Sedikit perkongsian. 
  • Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dgn suhu yang tinggi / panas, Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biarlah suhu turun terlebih dulu, baru letak GARAM. 
  • Bubuh garam masa nak makan. Sebabnya garam ada SODIUM dan POTASSIUM. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium,  POTASSIUM ROSAK dlm SUHU panas. Sebab tu kena darah tinggi.
  • Selok-eloknya di meja makan kita tu sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah  SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Sedikit info bermanfaat untuk mereka yang tak tau..cam aku ni la.. Heee.. 
  • GARAM bukanlah penyebab penyakit, malah  ianya ubat yg paling mujarab SEKIRANYA diambil dgn cara yg betul !
  • KESILAPAN kita (kebanyakkan org-orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.

Cara yang betul PENGGUNAAN GARAM:
  1. Kaedah PERTAMA: 
    • Masakkan mknan yg ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: Kari Ikan. Akhir  waktu baru masukkan garam ke dalam masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam atau kacau air garam dan tuangkan ke dlm kuah.
  2. Kaedah KEDUA: 
    • Masak makanan tanpa masukkan garam. Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing..
Antara amalan yg diamalkan oleh para SALAFUSOLEH ialah dengan mengambil garam sebelum menjamah makanan. Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga mempunyai mineral untuk tubuh badan kita.

Kemudian , bab tidur ! Nah.. di sini aku dapati dua minggu kebelakangan ni, aku suka betul tidur jam 12 ke atas. Lewat ! Tengok tv punya pasal. Pastu bangun awal. Maka tidur aku tak cukup. Walhal siang hari aku penuh dengan aktiviti termasuklah bersenam pagi dan petang hari ! Rehat tak cukup woiii ! Boleh menghadirkan tekanan darah tinggi. Ditambah lagi kelas Pdpr pun dah mula. Huhuh.. Memang stress sedikit. Dan paling membuatkan aku stress ialah.. berita berita kematian insan terdekat dengan aku. Allahuakhbar. Semua ni punca punca ! 

Manfaatkan masa yang ada

Apa yang perlu aku buat ialah... ubah kembali gaya hidup aku ! Tidur awal. Makan tu kena jaga. Dan kena rajin minum air detox.  Aku bukan spesis minum air manis. Maka takda isu kat situ. Isu aku ialah bab makan dan mudah stress ! Huhuhu... Untuk elak stress, kena tidur awal ! Jauhkan diri dari media sosial terutama membaca komen komen manusia yang negatif pandangan hidupnya ! Huh.. 

Kemudian kena tahu juga makanan tambahan yang boleh membantu menurunkan tekanan darah seperti madu , habbatus sauda, minyak kelapa sawit , minyak zaitun , minyak ikan dan macam aku,  whey protein dan L Carnitine juga turut membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi aku. 

Jaga diri yer..  Oh ya.. jika baacan tetap tinggi, sila rujuk doktor yer. Kena buat medical check up tu.. 

Sumber mengenai GARAM : NotaCantik

You May Also Like

1 comments

  1. Agus info ni. Baru saya tahu mcm mana nak guna GARAM dengan betul.

    Bab tido awal tu - saya masih fail. Huhu. Dah cuba tido awal tapi mata tetap jugak terbukak. Huhu

    BalasPadam