Pastikan hand sanitizer berada di depan muka pintu rumah anda !

by - Selasa, Ogos 10, 2021

Tenangkan diri. Itulah yang aku buat dalam seminggu dua ini. Kes kematian setiap hari , sangat mendukacitakan kita. Bukan seorang dua. Bukan tiga empat orang. Tapi dah beratus orang setiap hari. Dah macam dalam peperangan lak. Musuh serang hendap guna sniper ! Tak pun dia kasi boom terus. Abis satu keluarga !

Di mana silapnya ? Siapalah aku untuk membahaskan atau membincangkan tajuk ini. Tapi setiap kes yang berlaku , aku mencari di manakah puncanya yang kemudian mewujudkan pelbagai jenis kluster. Yang pasti sedikit kesilapan yang tak disangka akan mengakibatkan kehilangan nyawa. Sedikit ! Tanpa disedari. Mengundang malapetaka ! 

Hand sanitizer perlu diletakkan di depan pintu rumah keluar dan masuk ! Pastu terus cuci tangan sebelum menyentuh apa apa.


Tidak mematuhi SOP atau  mengabaikan larangan kebanyakkan menjadi punca kepada semua ini. Bersalaman dan menziarahi keluarga diantaranya. Bukan tak boleh tapi kena tau 'adabnya' untuk norma baru ini. Bersalaman.. kena gaya sekarang. Terpaksa ! Menziarah pula, biarlah untuk kes penting dan janganlah beramai ramai. Patuhilah SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. 

Bagi yang bekerja pula.. jika tidak sihat, janganlah datang kerja. Dan pihak majikan pula kena rajin buat swab test. Mungkin kos akan meningkat tapi itu lebih baik dari anda kehilangan ramai pekerja dan seterusnya terpaksa ditutup ! 

Kes Siti Sarah membuka mata ramai pihak. Bila kes begini terjadi pada insan yang dikenali ramai, barulah ada yang ketakutan. Semua ini bukan lagi drama. Ianya realiti ! Kena ambil langkah langkah berhati hati 200% ! Keluar rumah.. masuk rumah.. cuci tangan ! Jangan sentuh apa apa di dalam rumah. Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Kalau nak jumpa orang pun, pastikan face mask tu guna double. Jangan sesekali buka bila dah pakai. Tunggu di tempat takda orang dan diri dibersihkan , baru buka. Haaa... Ingat.. musuh kita tak nampak ! Licik dan halus... kena.. makan dalam ! 

Semoga syurga buat mereka  yang terkorban kerana virus Covid 19 ini. Jagalah diri untuk pastikan keluarga kita dan mereka di sekeliling kita , selamat !

You May Also Like

0 comments