Ke mana nak bercuti selepas berakhirnya Covid 19 ni nanti ?

by - Ogos 18, 2021

 

" Daddy , lamanya tak pergi hotel. Rindu sangat kat hotel ! Asyik mandi dalam baldi ni jer.." kata si Aariz. Dialah insan yang tak sempat merasa menginap banyak hotel berbanding abang dan kakaknya yang mana boleh dikatakan sebulan 2 kali la jugak. Haa.. sampai aku pun rasa cam nak pindah terus duduk hotel je ! Hahaha.. 

Tapi betullah tu. Keseronokan menginap di hotel ni, lain macam ! Banyak je aktiviti boleh dibuat lebih lebih lagi jika hotel tu berdekatan dengan laut. Macam macam boleh buat , kan ? Jangan kata Aariz je... adik beradik yang lain pun dah rindu nak tidur kat hotel. Asyik dok mengeluh bila la Covid 19 ni nak berakhir. 

" InshaAllah.. tak lama lagi jer. Dah nak abis Covid 19 ni pun. Nanti hilang je virus , kita terus gi cari hotel best best ! Nak yang jauh ke yang dekat ? " tanya aku. 

" Dekaaatttt jer.. tak nak jauh jauh. Penat dalam kereta ! " kata Zahra. Aku gelak jer la. Aku tahu kenapa diorang tak nak jauh jauh. Heheheee... Bapak diaorang kalau memandu jauh, memang akan berhenti berkali kali. Menikmati permandangan gitu. Heee..

Dalam kepala aku dah ada plan untuk staycation sejurus selesai saja Covid 19 di Malaysia. Ada beberapa hotel dalam kepala. Hurm.. ke Pantai Timur , boleh ke Hotel Perdana Kota Bharu atau Hotel Holiday Villa. Jika ke Pulau Pinang , pastinya Hard Rock Hotel Penang jadi pilihan terbaik aku ! Hehehe.. Bagi yang pernah ke sana pasti akan bersetuju dengan aku yang mana hotel ni sangat mesra keluarga. Kalau dah check in , malas dah nak keluar ! Kan kan ? 

Terengganu ? Fuh... antara negeri kegemaran aku bila nak pergi bercuti. Kenapa ? Hehehe.. Jalan Pantai di sini sangat indah ! Kedai kedai makan pun banyak di tepi jalan. Takda masalah bab makan. Pantai putih dengan laut membiru menemani hati ketika menikmati makanan laut panas panas. Jangan lupa Megi Ketam kat sini. Heee.. Hotel pilihan aku ?  Hotel Paya Bunga la.. Hehee.. Kenapa ? Lokasinya cukup strategik untuk bergerak samada nak ke pantai berdekatan atau pun ke bandar. Kalau berkemampuan dari segi kewangan , boleh je cari hotel yang bertaraf 5 bintang kat sini. Contohnya Duyung Marina and Resort. Memang cun giler ah ! Huhu...

Jika ke Perak , aku suka menginap di Impiana Hotel jer. Syok situ. Makanan pun banyak sedap sedap. Tapi jika nak bermain di pantai , Swiss Garden Lumut memang terbaik ! Anak anak memang puashati punya. Boleh bermain kat tepi pantai mahupun kolam renangnya yang senantiasa meriah tu. Aktiviti punya banyak je kat situ. 







Ke Cameron Highland pun banyak hotel hotel menarik. Budak budak ni pun rindu nak petik buah strawberi. Rindukan suasana sejuk pun ye gak. Contoh Avillion Cameron Hotel , antara yang selesa bagi aku. Mudah nak dapat tempat letak kereta, keselesaan hotel dan nak cari makan pun senang. Sedap sedap lak tu. 

Kalau tak nak Cameron Highland, nah... kita ke Genting Highland ! Haaa ! Kat sini ada satu hotel yang mana permandangan di pagi serta senja sangat cantik. Selepas hujan pun cantik wooo ! Aku tengok rakan rakan yang dak ke sini , mesti wajib bergambar kat kawasan kolam mandi dia. Swiss Garden & Residences memang terbaik. Dari biliknya hinggalah ke swimming pool. Puashati. 

Jika staycation ke Selatan pula... ada banyak hotel pilihan aku ! Heheeh.. Antara yang pernah aku nginap ialah Legoland dan Forest City Phoenix Hotel. Hotel mesra keluarga ni memang takkan menyesal la kalau menginap lebih dari sehari. Heee.. Takkan cukup sehari punya. Macam macam tarikan ada berdekatan hotel ni. Macam Legoland Hotel,  pastinya taman tema dia tu la. Manakala Forest City Phoenix , pastinya pantai dan juga lokasi lokasi bergambar serta tempat permainan kanak kanak. Sangat cantik hotel ni bila menjelang malam hari. 

Kuala Lumpur , jangan cerita la. Hahahaa.. Banyak sangat hotel jadi pilihan aku. Antaranya Seri Pacific Hotel yang mana view malam hari cukup cantik. Nak ke tempat tempat menarik seperti Taman Burung, Taman Rama-Rama , KLCC.. dekat dekat jer.  Kalau nak lagi dekat ngan KLCC , boleh terus menginap di Perdana Kuala Lumpur City Center yang mana dulu dikenali sebagai PNB Perdana Hotel. Best sini. Bilik cukup selesa dan mudah nak akses. Petang hari boleh berjogging di taman KLCC tu jer. 

Di Selangor , Avani Gold Coast antara yang senantiasa jadi pilihan ramai. Selalu je penuh ditempah. Kena tempah awal awal untuk menginap kat sini. Avani Gold Coast ni macam Lexis Hibuscus. Luas , selesa jika korang suka berjalan jalan tanpa memandu keluar kereta. Best ! 




Dan jika hotel-hotel di Negeri Sembilan pula especially  hotel in Port Dickson, Lexis Hibiscus Hotel antara yang terbaik mengikut pengalaman aku ! Anak anak mesti suka punya kalau dapat ke sini lagi terutama si Aariz tu.  Ni antara beberapa hotel dalam pilihan aku teratas bila dah selesai Covid 19 nanti. Avani Port Dickson pun menarik. 

Hurm.. ada banyak hotel menarik di Malaysia ni sebenarnya. Hahaha.. Ikut kemampuan kewangan masing masing jer.  Yang penting ialah bagaimana masa yang akan dihabiskan bersama sama tu nanti. Ketika bercuti bersama keluarga , simpan semua gajet. Bukan apa.. Covid 19 ni menyedarkan kita yang mana masa yang kita ada sebenarnya singkat jer. Maka nikmatilah dengan sebaiknya selagi kita bernafas.

Gitulah adanya.  Stay safe yer ! Kita hidupkan kembali industri pelancongan negara sejurus selesai pandemik ini. Sama sama kita doakan keselamatan kita. 

You May Also Like

3 comments

  1. anak-anak memang dah bising bila lah nak pergi holiday. masih kumpul keberanian nak bawa anak-anak check in hotel..huhu

    BalasPadam