Best ke drama Single Terlalu Lama ni ?

by - Ogos 28, 2021

 

Sejak akhir akhir ni , aku gemar lak nak layan drama Melayu. Malas nak layan citer citer omputeh tu ha.. Dah tak terkawal lak kandungan cerita dia. Cerita Korea pun gitu gak. Dah ekban ekban gitu ha. Hahahah.. 

Drama terbaru yang aku tonton di Disney+ ialah Single Terlalu Lama. Drama ni dah main kat TV3 pun baru baru ni. Tapi aku tak gemar nak tengok kat TV3 tu sebab nak kena hari hari ! Hahaha.. Baik aku tunggu sampai habis main , baru layan sekali gus. Senang ! 

Seperti biasa.. aku layan drama ni dengan wife. Boleh la komen mengomen gitu. Cenggitu.. hahaha..Kalau dia kata tak best, aku tukar cari cerita lain. Hahahaha.. Senang kan ? Sama sama layan habiskan masa yang ada. 

Ok... Episode 1... menarik ! Sempoi. Skrip atau dialog bersahaja. Tersengih sengih aku tonton. Teringat zaman muda muda aku dulu. Siap bertukar tukar rumusan dengan wife gitu. Hahahaha.. Kenangan mencuit jiwa gitu. 

Sehingga episod 16 , bagi aku menarik. Aku tak tau berapa episod. Saja nak suprise gitu. Tau tau dah tamat ! Tapi tidak ! Gulp... Masuk episod kena 'culik ke pulau' tu aku dah mula garu kepala. Apasal jadi meleret ni ????

Aku check semula.. Lor ada 28 episod ??? Bapak aihhhh... Keterujaan dan keseronokkan tu hilang selepas muncul watak lelaki yang bagi aku... Hello ??? Lelaki cam ni ada ke kat dunia ? Dan takkan la perempuan sebangang ni pun ada ??? Gituuuu.. Hahahahah... Adoi la ! Skrip tetiba macam tak masuk akal. 

Alang alang tengok.. aku kena tengok sampai abis la walaupun rasa cam.. menyampah tul kat perempuan dan lelaki yang control giler cakap tu. Jadi cam pelik aihhh ! Over !!! Menyampah.. Grrrr... Tu pasal aku malas nak layan drama melayu ! Hahahaha.. 

Kesimpulan... Single Terlalu Lama ni , best la dilayan cuma jangan terlalu meleret la. Jadi mendatar. Kiranya kalau terlepas episod mendatang ni , tak kisah pun. Dan endingnya , mampu geleng kepala je la. Ok la... tak la teruk pun. Boleh layan la.

Ok.. next drama !






You May Also Like

2 comments

  1. Lama tak ikuti cerita-cerita ni. Tapi tengok tajuk macam menark.

    BalasPadam
  2. Alamak..pilihlah jalan terbaik kan..takdir tiap kita

    BalasPadam