Tilam mana yang bagus dan murah ?

by - Jumaat, Ogos 20, 2021

Lama dah tilam yang ada dalam rumah aku ni. Dah lebih 10 tahun ! Hahaha.. Dari takda anak, hinggalah anak 3, tilam tak bertukar. Asyik bertangguh. Nak cari yang bagus dan harga mampu bayar. Ribu ribu tu , kena pikir panjang !

Ada beberapa pilihan bila nak beli tilam ni. Bayar bulan bulan atau beli tunai. Dalam keadaan sekarang ni, kena pikir panjang kalau nak ada komitmen membayar bulan bulan. Walaupun tilam yang ditawarkan tu bagus tapi terlalu panjang. Gulp.. tak sanggup ! 

Jenis-jenis tilam , ada beberapa. Antaranya memory foam. Jenis tilam ni dikatakan antara yang terbaik la. Mampu beransur- ansur menyesuaikan bentuknya dengan  tubuh korang semasa  tidur. Kelebihan jenis ni ialah ia mengandungi beberapa lapisan  foam yang menahan kecenderungan untuk  menjadi kendur di tengah dan keperluan  untuk membalikkan tilam secara rutin. Kemudian ada lagi jenis tilam seperti gel , water bed, air bed dan lateks. 

Tips nak membeli tilam ni tak susah pun. Pertama kena tau size katil kita tu la. Pastu kena tanya pulangan dan tempoh percubaan. Kalau rajin nak mintak free gift pun lagi bagus kan ? Hahaha.. Yang ni biasanya penting la. Cari review jujur dari pelanggan. Haaa.. kan kan ? Jaminan tilam yang diberikan dan akhir sekali.. ni paling penting ! Apakah ? Bajet bang.. bajet ! Berapa bajet korang nak beli tilam tu ? Haa..

Semalam , aku beli tilam. Setelah bertahun tahun fikir nak tukar akhirnya , aku buat keputusan singkat dek kerana wife sakit pinggangnya. Sian lak aku tengok dia. Kalau dia sakit , aku gak yang susah kan ? Hahaha.. abis tergendala operasi di rumah ni. Heee.. 

Nak tak nak.. aku cari di Facebook. Cari kedai tilam yang berdekatan dengan kawasan aku. Ok, jumpa. Ada beberapa seller. Aku pm mereka. Yang jadi pilihan aku ialah seller yang cepat respon dan mudah untuk berkomunikasi. 




Dapat.. terus berurusniaga. Harga , ok la. Nak kata murah.. aku rasa ada lagi seller yang jual murah sikit. Tak banyak beza pun. Tapi ada orang berkira gak walaupun RM10 je bezanya. Hahaha.. Terpulang pada diri masing masing. Aku nak win win. Dia puashati, aku pun puashati dengan perkhidmatan dia. 

Ok.. confirm. Petang aku deal ngan dia , malam dah dapat tilam ! Alhamdulillah. Bila sampai tilam tu, perkara pertama aku buat ialah bersihkan. Sanitize dulu di luarnya. Maklumlah, yang hantar tu kan orang luar. Kena berhati hati juga. Aku tak benarkan mereka masuk ke dalam rumah. Huhuh.. Aku angkat sendiri tilam masuk ke dalam rumah. Diorang pun ok je. Takda masalah. Bayaran dibuat. Tranfer online je ke bos diorang selepas selesai. Malam tu gak aku bayar. Boss dia suka la. Senang deal. Orang mudahkan kita, kita mudahkan orang. Kan kan ?

Nak dijadikan cerita.. Selepas tu  banyak laaa iklan tilam keluar kat Facebook aku. Adoilahhh ! Cun cun lak tu ! Cuma harganya tu je la yang bikin aku.. gulp ! Contohnya cam Sonno ni. Berkenan lak aku dengan tilam Sonno ni. Harganya bawah RM2K. Tapi material dia gempak ! 3 lapisan digabungkan. Natural Latex , Memory Foam dan Support Foam. Padu ! Aku tengok dia pasang pun senang je. Hahaha.. Maka ini dalam pemerhatian aku selepas ni. Pilihan pertama. 


Yang kedua ni tilam ala ala hotel. Harganya pun murah gak. RM500+ . Nampak macam sedap jee kalau tidur atas dia. Maklumlah, tilam hotel gitu. Tapi tak semua tilam hotel best kan ? Cam aku pernah rasa la.. Hotel Hilton antara yang best tilamnya ! Tak tau la kualiti yang ni camana.. 


Kalau berkemampuan, boleh je korang amik yang Coway dan Cuckoo punya. Cuma part komitmen bulanan tu je la yang penting. Heee.. Bayar bulan bulan gitu. Tapi mereka ada maintenance servis la. Tu yang bagusnya. 

Tak pun.. ada banyak lagi pilihan yang bagus bagus. Kalau rajin , cari di Google. Kalau malas, buat cam aku jer. Hehehe.. Asal boleh tidur nyenyak dan tak sakit pinggang... buat dua tiga tahun, ok la ! Hahaha.. Kalau nak jangka panjang.. carilah yang berkualiti tinggi. 



Sebenarnya.. bukan wife aku je sakit pinggang tidur atas tilam dah lama ni. Aku sendiri pun ! Pasni boleh la cari tilam berkualiti tinggi skit. Dengan usia begini , pastinya aku perlukan sokongan yang baik ketika tidur.. kan kan ? 


You May Also Like

9 comments

  1. betul tilam benda ynag kita kena cari untuk keselesaan selain tilam - kasut.. kena pilih yg berkualiti biarpun mahai

    BalasPadam
  2. Betullah aben. Tilam kalau salah pilih , salah beli, memang efek keselesaan. Tidur mmg tak berapa syoklah.

    BalasPadam
  3. Murah harga dia. Kualiti tilam hotel pula tu

    BalasPadam
  4. Tengah mencari tilam juga ni. Suggestion ben ni boleh masuk wishlist

    BalasPadam
  5. Betul kena cari tilam yang selesa untuk kita tido sebab tulang belakang kita nak guna lama lagi. Nanti kalau tulang kita rosak, apa kerja pun tak boleh buat hatta nak masak pun dah tak boleh so, Kita kena invest sikit utk beli tilam yang berkualiti

    BalasPadam
  6. Aku pakai toto sebab tak larat nak bawa tilam naik ke atas...rumah kedai atas kayangan...

    BalasPadam
  7. Tilam ni mmg kena cari yg berkualiti. Sebab nak guna lama kan.. X kira la harga dia mahal sikit ke. Yang penting dia boleh membantu support tulang belakang kita juga haha

    BalasPadam
  8. Tilam ni kita kena invest sikit..Nk lgi best cara yg harga tinggi sikit and brand yg dah ada lama kat market.. So nak tidur tu selesa sikit

    BalasPadam